Makan

Resipi Paprik Udang Kuah ‘Banjir’, Takdelah Terkuis-kuis Kuah Bila Makan Ramai

Share

Kalau makan lauk paprik, kuahnya cukup memainkan peranan. Jika sedikit, memang tak puas makan kerana keenakan paprik ini terletak pada kuahnya.Supaya puas hati, kita boleh saja buat paprik kuah ‘banjir’. Takdelah terkuis-kuis kuah bila makan satu famili.

Resipi paprik banjir ini dikongsi oleh HasnorFadila Kadi

r dan menggunakan udang. Boleh saja diganti dengan ayam, sotong atau dicampur lagi sedap.

Resipi paprik udang kuah banjir

Bahan-bahan

Udang
1 senduk cili kering
1 biji bawang besar
1 ulas bawang kecil
Halia
Serai
Daun limau purut
Bawang besar/holland potong bulat
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
Garam
Gula
Perencah hilal
Air

Bahan sayur dipotong
Lobak merah, bunga kubis, jagung, tomato, cendawan, kacang panjang, kacang buncis

Cara membuat

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga garing. Lepastu masukkan cili kering dan tumis lagi sampai garing.

2. Masukkan air, sos cili, sos tomato, sos tiram,kicap manis, serai dan daun limau purut dan masak lagi.

3. Lepastu masukkan bahan lobak, jagung mudah kemudian tambah perasa bersama perencah Hilal.

4. Masukkan udang, cendawan, tomato, bawang yang dipotong bulat. Akhir sekali sekali masukkan kacang buncis atau kacang panjang. Siap.

INFO: Sekiranya mahu menggunakan ayam, boleh masuk masa lepas tumis bawang atau cili kering.

Kredit resipi & foto: HasnorFadila Kadir

 

IKLAN