Teringin nak makan kek? Anda patut cuba Parmesan Cheese Cake ni yang gebu dan lembut ni. Sekali makan, pasti nak lagi. Lebih-lebih lagi bila makan panas-panas, memang tak cukup satu. Nak lagi enak, gunakan keju Perfect Italiano Parmesan untuk menambah rasa kek anda. Jom cuba.
PARMESAN CHEESE CAKE
Bahan-bahan:
4 biji telur
½ cawan gula
40gm minyak masak
40gm Fernleaf Susu UHT
100gm keju Perfect Italiano Parmesan
110gm tepung naik sendiri
Cara Memasak:
Pukul gula dengan minyak hingga sebati.
Masukkan telur dan pukul hingga kembang.
Tambahkan Fernleaf Susu UHT, keju Perfect Italiano Parmesan dan tepung naik sendiri. Gaul rata.
Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 160°C selama 15 minit.
Masakan padang memang sedap dan menyelerakan. Kalau sesekali teringin, bolehlah buat Ayam Gulai Padang ni. Selalu masak menggunakan santan, kali ini kita tukar dengan menggunakan Fernleaf Greek Style Yogurt Natural. Lebih lemak berkrim. Tambahkan juga keju Perfect Italiano Parmesan untuk menambah rasa hidangan. Selamat mencuba!
AYAM GULAI PADANG
Bahan-bahan:
½ ekor ayam
3 sudu besar Anchor Unsalted Butter
2 biji bawang merah | kisar
2 inci halia | kisar
5 biji cili padi | kisar
4 helai daun limau
6 biji cili merah | kisar
2 batang serai | kisar
2 inci lengkuas | kisar
2 inci kunyit hidup | kisar
1 cawan Fernleaf Greek Style Yogurt Natural
2 sudu besar keju Perfect Italiano Parmesan
Garam secukupnya
Serbuk perasa secukupnya
Cara Memasak:
Cairkan Anchor Unsalted Butter, masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau.
Masukkan ayam dan daun limau purut. Masak hingga ayam separuh masak.
Masukkan Fernleaf Greek Style Yogurt Natural bersama sedikit air. Kacau rata dan biarkan mendidih perlahan.
Biarkan sehingga mendidih, masukkan keju Perfect Italiano Parmesan. Gaul rata.
Nak menu moreh yang mudah dan penuh rasa? Sardine Melt Toast adalah jawapannya. Gabungan roti yang rangup dengan sardin dan keju menjadikan ia satu hidangan yang sempurna. Setiap gigitan amat menakjubkan. Hasilnya memang luar biasa. Lebih-lebih lagi bila menggunakan Perfect Italiano Mozzarella dan Anchor Spreadable. Jom cuba nanti.
SARDINE MELT TOAST
Bahan-bahan:
1 tin sardin
½ tin sos sardin
½ cawan mayones
30gm Anchor Spreadable
150gm Perfect Italiano Mozzarella
30gm daun sup | dihiris
3 biji cili padi | dihiris
½ biji bawang holland | kisar kasar
4 keping roti putih | untuk 4 hidangan
Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango
Parsli kering | untuk hiasan
Cara Memasak:
Di dalam mangkuk, masukkan isi ikan sardin bersama ½ tin sos sardin. Gaulkan bersama mayones, daun sup, cili padi, bawang holland hingga sebati.
Sapukan Anchor Spreadable di kedua-dua bahagian roti. Letakkan inti sardin dan taburkan keju Perfect Italiano Mozzarella.
Bakar di dalam air fryer pada suhu 170°C selama 10 minit. Taburkan parsli kering sebagai hiasan.
Enak dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango.
Tiada siapa yang boleh menolak apabila dihidangkan Lempeng Kelapa di depan mata. Selain mudah dimasak, ia juga sangat lembut dan sedap. Kali ini, kita cipta kelainan dengan menyediakan Lempeng Daging Berkeju. Lempeng diletakkan inti daging serta keju di dalamnya, digulung dan dipotong kecil. Makan panas-panas lagi sedap.
Lebih enak apabila apabila menggunakan Mentega Anchor dan Anchor Cheese Slices dalam Lempeng Daging Berkeju ni. Mentega Anchor hadir dengan warna keemasan semula jadi yang pastinya memberi rasa berkrim dan kaya pada hidangan kita.Manakala Anchor Cheese Slices yang digunakan dapat menambah rasa dalam hidangan. Kepingan keju yang kaya dengan protein dan kalsium ini memang sesuai untuk seisi keluarga. Cubalah, pasti mereka suka.
LEMPENG DAGING BERKEJU
BAHAN-BAHAN A:
8-10 keping Anchor Cheese Slices
Anchor Unsalted Butter secukupnya
BAHAN-BAHAN B (LEMPENG):
360gram tepung gandum
200gram kelapa parut
500ml air
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Satukan tepung gandum, kelapa parut dan garam dalam mangkuk. Gaul rata. Tuang air sedikit demi sedikit lalu kacau hingga jadi bancuhan yang tak terlalu cair dan tak terlalu pekat.
Cairkan sedikit Anchor Unsalted Butter dalam kuali leper. Tuang sesenduk bancuhan lempeng lalu masak hingga agak perang dikedua-dua bahagian. Ketepikan.
BAHAN-BAHAN C (INTI DAGING):
300gram daging kisar
50gram Anchor Unsalted Butter
1 sudu makan cili kisar
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan serbuk kari
Garam dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
Cairkan Anchor Unsalted Butter dalam kuali. Tumis bawang cincang hingga wangi. Masukkan cili kisar dan rempah kari. Tambah sedikit air lalu tumis hingga pecah minyak.
Masukkan daging kisar dan sos tiram. Gaul sebati dan tumis beberapa minit hingga daging masak. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Sejukkan.
Ambil sekeping lempeng kelapa, letak 1-2 keping Anchor Cheese Slices. Sudukan inti daging lalu tutup atau gulung lempeng. Potong mengikut cita rasa.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Jika sedang mencari resipi puding mudah, apa kata cuba puding biskut cream crackerrs ini. Hanya gunakan empat bahan saja tapi hasilnya memang enak.Rasanya yang...