Makan

Resipi Paru Berlada Yang Garing, Sedap Diratah

Share
Kalau masak nasi lemak, paru berlada antara lauk tambah yang disediakan. Paru yang digoreng garing ini memang enak malah lagi sedap bila diratah. Sebab itu kalau menyediakan resipi ini sebaiknya dibuat dalam kuantiti yang banyak. Takut belum sempat hidang untuk jadi lauk nasi lemak, paru dah licin.
Resipi paru berlada

Bahan rebusan paru
1 kg paru
Halia -dipotong
1 batang serai -diketuk
Garam
Serbuk kunyit
Bahan dikisar kasar
10 tangkai cili merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Cara membuat
1. Paru dibersihkan kemudian direbus (boleh guna pressure cooker) bersama sedikit garam, halia dan sebatang serai yang diketuk.
2. Setelah paru lembut, potong nipis paru dan gaul bersama sedikit garam dan kunyit. Panaskan minyak kemudian goreng hingga garing. Toskan.
3.Tumis semua bahan sambal yang dikisar guna lebihan minyak goreng paru tadi.
4.Bila bahan tumis sudah wangi masukkan dua sudu besar cili kering yang dah dikisar  supaya warna  cantik.
5 Masukkan paru kemudian perasakan dengan garam. Masukkan bawang besar yg dihiris. Kacau sebati tutup api.
Resipi: Nur Masri
Published by
Rose