Sesekali layankan selera ala Itali ni memang sedap juga. Cara penyediaannya pun ringkas dan tidak memerlukan banyak bahan. Jom cuba resipi perkongsian KieSha IzzRul ni. Anda pasti kagum dengan rasanya.
PASTA CARBONARA MAYONES
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 pek pasta Fettuccine – direbus dengan minyak dan garam
2 tin sos Carbonara (tin biru)
1/2 botol sederhana Mayones – boleh letak lebih. Ikut selera.
2 tin air (guna tin biru tadi) – jika kuah terlalu pekat, boleh lebihkan.
Daging kisar secukupnya
Sayur campur secukupnya
Cendawan butang
Bawang besar dan bawang putih – dipotong dadu. Jumlah ikut citarasa
Sedikit garam
Serbuk pati ayam
Ads
Ads
CARA MEMASAK:
Rebus pasta hingga lembut. Ketepikan untuk dihidangkan kemudian.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu.
Masukkan daging kisar.Goreng hingga masak.
Seterusnya tambahkan sayur campur diikuti hirisan cendawan butang. Kacau lagi.
Kemudian masukkan sos carbonara dan air.
Masukkan mayones. Kacau lagi hingga semua sebati.
Perasakan dengan serbuk pati ayam dan juga garam. Sebelum tambah perisa, sebaiknya cuba dulu kuah bagi mengelakkan rasa masin yang melampau.
Biar hingga kuah mendidih. Angkat dan nikmati bersama pasta yang telah direbus tadi.
Sizzling Yee Mee selalunya dihidang menggunakan hot plate kerana sizzling sedap makan ketika masih panas. Kalau dekat rumah anda tak ada hot plate, pun masih boleh sediakan menu enak ni untuk keluarga. Jom cuba!
SIZZLING YEE MEE
BAHAN-BAHAN:
4 ketul ayam bahagian thigh
Yee mee (Tapi kali ini guna mee sanggul)
3 pokok sawi
Hirisan brokoli, lobak merah dan kubis bunga secukupnya
2 tin cendawan butang
1 inci halia
10 tangkai cili kering
8 ulas bawang putih
2 sudu makan lada hitam
4 sudu makan tepung jagung
6 cawan air
Kicap pekat (ikut warna gelap yang anda suka)
3 sudu makan sos tiram
3 kali percik kicap cair
4 kali percik minyak bijan
CARA MEMASAK:
1. Cincang bawang putih, potong halus halia & potong serong cili kering. Tumis dengan 2 sudu makan minyak masak.
2. Tumis sampai naik bau dan masukkan ayam yangg dipotong kecil. Gaul hingga keluar air ayam anggaran masa dalam 5 minit.
3. Masukkan air dan semua sos perasa kecuali minyak bijan. Perasakan dengan sedikit garam.
4. Tumbuk lada hitam dan masukkan ke dalam kuah tadi. Biar menggelegak dalam 10 minit.
5. Masukkan cendawan dan biar dalam 3 minit. Kemudian masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air. Tuang sedikit-sedikit sambil dikacau sampai kuah kelihatan memekat. Percikkan minyak bijan.
6. Akhir sekali, didihkan mee sanggul hingga lembut dan tos air. Celur sayur sekejap dalam air panas dan goreng telur tapi biar separuh masak. Hidang dalam pinggan dan tuangkan kuah. Siap untuk dinikmati.
INFO:Sukatan resepi ini cukup untuk sajian makan 4 – 5 orang.
Resipi makan malam yang paling mudah, ringkas dan mengenyangkan perkongsian dari saudari Cik Pooja. Kalau sesiapa suka makan bihun supPAMA, ha…resipi ni rasa dia memang hampir sama. Buat sendiri barulah boleh makan puas-puas. Selamat mencuba!
BIHUN SUP ALA PAMA ( sukatan 2 orang makan)
BAHAN UTAMA:
2 ulas bawang putih – ditumbuk
2 ketul kiub pati ayam
1 sudu teh lada sulah (lada putih)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Bihun secukupnya
1 liter air
BAHAN LAIN:
Secubit garam – jika perlu
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan air, kiub pati ayam, lada sulah, daun sup dan daun bawang. Kacau hingga kiub pati ayam larut.
3. Bila kuah dah mendidih, masukkan bihun. Renehkan hingga bihun masak sempurna.
4. Rasa kuah dan jika kurang masin, tambah sedikit garam.
5. Siap dan sedia untuk dinikmati.
INFO:
Serbuk lada sulah / lada putih amat penting dalam resipi ini kerana bahan ini yang membuatkan sup jadi lebih sedap dan wangi.
Jika suka pedas, boleh tambah serbuk cili.
Untuk lebih sedap, boleh juga tambah isi ayam atau lobak merah yang dipotong dadu.
Bila sebut bab laksa Penang ni, mesti anda suka kan bila kuahnya yang pekat dan padu.
Memang sedap hirup kuah laksa Penang yang cukup kepekatan dan rasanya.
Resipi yang dikongsi Ben Safwan ini, sesuai untuk mereka yang pertama kali nak belajar memasak menu ini.
Cumanya, dalam resipi laksa penang versi Ben ini, dibuat ikut tekak sendiri. Contoh guna daun Basil ganti daun kesum. Kalau anda tak suka takpa, bahagian tu ganti balik masuk daun kesum dengan berat sama.
LAKSA PENANG
BAHAN-BAHAN:
3 liter air 1kg ikan selayang/sardin hitam/sardin putih 100gm bawang merah | bakar 50gm lada kering 25gm belacan bakar 15gm daun sweet basil @ daun kesom 3 batang bunga kantan saiz kecil 2 keping asam keping saiz sederhana Garam gula serbuk perasa Pelengkap & ulam-ulaman (daun salad, hirisan bawang besar, hirisan bawang merah, cili, telur rebus, nenas)
1. Bersihkan lada kering dan sangai tanpa minyak. Untuk keluarkan rasa lada kering tu bagi sedap kuah laksa. 2. Bakar juga bawang merah dan belacan sampai dah keluar bau. Lagi harum la kuah. 3. Rebus ikan sardin sampai masak. Letakkan sedikit garam dan asam keping sekeping masa nak rebus. Isi air suku je daripada ikan.
4. Lepas dah rebus, sejukkan. Asingkan isi ikan dengan tulang. Jangan buang tulang. Nanti kita nak guna juga. 5. Kisar isi ikan. Guna air daripada stok 3 liter yang dah disukat. Jangan tambah air lain. Sambung kisar tulang ikan sampai hancur dan tapis. 6. Kisar bawang bakar, belacan bakar bersama lada kering tadi .Guna air dari stok 3 liter juga.
7. Sebab nak buang asam keping bila dah mendidih kuah laksa penang, saya masukkan dalam uncang tea bag. Senang. 8. Panaskan air baki 3 liter tadi, masukkan semua bahan kisar, masukkan bunga kantang yang dibelah 4, daun sweet basil dan asam keping. 9. Masak sampai mendidih dan bertukar warna dah, masukkan bahan cukup rasa, gula, garam sesuai dengan selera.
10. Waktu ni keluarkan asam keping dan daun sweet basil. Tak nak dia letak lama-lama nanti tak best kuah laksa. Bahan ni akan take over rasa kuah. Sama juga kalau pakai daun kesum. Keluarkan. 11. Daun sweet basil boleh beli kat tesco. Nak gantikan dengan daun kesom pun boleh tapi saya suka daun ni lagi. 12. Masak biar main api kecil selepas mendidih tu 15-20 minit biar pekat elok. Baru sedap.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.