Resipi Pasta Goreng Mudah. Cukup Sedap & Simple.

Share

Wow..Sedapnya Pasta Goreng mudah ni. Biasanya ramai memilih untuk masak bersama sos citarasa Itali seperti Bolognese, Carbonara dan sebagainya. Bagi anda kurang gemar, boleh je nak guna pasta ni untuk masak hidangan yang kena dengan Melayu seperti goreng dan juga sup. Sedap! Walaupun ringkas, tapi bila dah tambah macam-macam bahan enak  seperti sayur, daging, cendawan dan macam-macam lagi, hasilnya pasti anda kagum. Jom cuba resipi saudari Wan EmyRa

ni. Pasti puas hati. 

 

PASTA SPIRAL GORENG MUDAH

BAHAN A:

  • 1 paket pasta spiral
  • Sedikit mentega dan minyak zaitun
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk oregano
  • Sedikit cili kisar atau chili flakes (salah satu)
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang besar – dihiris dadu
  • Sedikit sos tiram
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Nampla
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit kiub pati ayam (pilihan)

BAHAN B:

  • Aneka makanan laut ( sotong / udang dll )
  • 3 keping daging burger – dihiris dadu
  • Bebola ikan
  • Cendawan shiitake – dipotong kecil

BAHAN C:

  • Lada benggala
  • Brokoli
  • Tomato ceri
  • Lobak Merah

CARA MEMASAK:

1. Rebus pasta spiral pasta dengan sedikit minyak dan garam. Toskan airnya dan gaul dengan sedikit minyak atau mentega.

2. Panaskan kuali dan masukkan mentegaTumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau diikuti cili kisar.

3. Masukkan bahan B dan gaul hingga masak. Tambahkan bahan C  kecuali tomato ceri.

4. Seterusnya masukkan pasta spiral, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos nampla, serbuk lada hitam dan serbuk oregano. Gaul hingga sebati.

5. Akhir sekali masukkan tomato ceri dan gaul rata.

6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Wan EmyRa

 

BOLEH JUGA CUBA:

 

Published by
Nur