Dah dua minggu berpuasa ni tentunya anda pun buntu memikirkan menu apa nak dimasak hari ini kan? Jom masak Pasta Pendek Sambal Daging Bakar Berkeju untuk berbuka nanti. Memang kena hidangan ini dengan selera orang Malaysia yang suka makan pedas. Tambahkan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes untuk hasil kerak perang keemasan yang sempurna. Hidangan juga jadi bertambah lazat. Cubalah!Resipi Pasta Pendek Sambal Daging Bakar Berkeju Yang Menyelerakan

PASTA PENDEK SAMBAL DAGING BAKAR BERKEJU

Resipi Pasta Pendek Sambal Daging Bakar Berkeju Yang Menyelerakan

Bahan-Bahan:

  • 150gram pasta pendek (macaroni/penne) – celur hingga al-dente dan toskan
  • 250gram Perfect Italiano Perfect Bakes
  • 50gram Anchor Unsalted Butter
  • 100ml Anchor Cooking Cream
  • Cincangan daun bawang

Bahan-Bahan Sambal Daging:

  • 200gram daging – dadu kecil & rebus empuk
  • 1 mangkuk medium cili kisar
  • 5 biji bawang merah – kisar
  • 3 ulas bawang putih – kisar
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu makan gula perang
  • 1 labu bawang besar – potong bulat
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Cara Memasak:

  1. Untuk membuat sambal daging; panaskan 2-3 sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak dan cili masak. Masukkan daging yang telah direbus, bawang besar, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Tumis hingga sambal masak sempurna. Gaul rata dan ketepikan
  2. Sediakan mangkuk tahan panas. Sapu dengan Anchor Unsalted Butter secukupnya. Masukkan pasta yang telah direbus bersama sambal daging. Tuang Anchor Cooking Cream dan masukkan separuh Perfect Italiano Perfect Bakes lalu gaul sebati dan ratakan. Tabur separuh lagi Perfect Italiano Perfect Bakes di atasnya.
  3. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 20-25 minit. Tabur cincangan daun bawang. Hidangkan panas.

 

 

Ads

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Kari Ayam Berkrim, Menu Mudah Kegemaran Ramai

Pasta Goreng Cili Padi Berkeju, Gabungan Rasa Pedas & Keju Yang Enak

Ads

Bunga Kobis Masala Berkeju, Rasa Lemak Berkrim & Enak

Quesadilla Daging Kunyit Berkeju, Menu Istimewa Yang Lazat

 

Ads

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI