Zaman sekarang, orang ramai semakin terbuka dengan penjagaan badan. Kalau boleh, badan nak maintain slim melim. Tak nak ada lemak tersorok sana sini. Berat badan pun nak ideal sahaja.

Ads

Nah, kali ini RASA kongsikan resipi pasta salmon. Ikan salmon ni memang mahal harganya tapi sangat bagus bagi yang sedang diet. Selain kurang berlemak, ikan salmon ada banyak khasiat untuk tubuh. Cubalah!

PASTA SALMON

Resipi Pasta Salmon Panggang, Sesuai Untuk Yang Sedang Diet
Sedapnya.

BAHAN LEMON MENTEGA
3 ulas bawang putih (racik halus)
2 sudu besar jus perahan lemon
2 sudu besar mentega
Sedikit serbuk cili kasar

CARA MEMBUAT LEMON MENTEGA
1. Tumis bawang putih. Masukkan air perahan lemon, mentega dan serbuk cili kasar.
2. Matikan api dan ketepikan.

BAHAN SALMON PANGGANG
1 keping ikan salmon
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam

Ads

CARA MEMASAK SALMON PANGGANG
1. Gaulkan ikan salmon bersama garam dan lada hitam. Letakkan di atas aluminium foil.
2. Panggang salmon di atas kuali sehingga masak.
3. Masukkan separuh campuran lemon dan mentega ke atas ikan salmon.
4. Biarkan sebati, ketepikan.

BAHAN PASTA
1/2 bawang holand (potong dadu)
250 gram pasta (direbus sampai lembut)
Garam secukup rasa
Sedikit lada hitam
Sedikit daun sup
Sedikit sayur pilihan

Ads

CARA PENYEDIAAN PASTA
1. Panaskan kuali. Tumis bawang holand dan baki separuh lagi lemon mentega.
2. Masukkan pasta dan 1/4 cawan air rebusan pasta tadi.
3. Masukkan garam dan lada hitam.
4. Masukkan daun sup dan sayur pilihan.
5. Sedia dihidang bersama salmon panggang tadi.

Selamat mencuba!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI