Pasta biasanya ramai memilih untuk dimakan bersama sos citarasa Itali seperti Bolognese, Carbonara dan sebagainya. Bagi anda kurang gemar, boleh je nak guna pasta ni untuk masak hidangan yang kena dengan Melayu seperti goreng dan juga sup. Sedap! Walaupun ringkas, tapi bila dah tambah macam-macam bahan enak seperti sayur, daging, cendawan dan macam-macam lagi, hasilnya pasti anda kagum. Jom cuba.
Punten adalah sejenis makanan tradisi dan popular di kalangan masyarakat keturunan Jawa terutamanya di daerah Sabak Bernam. Malah sajian ini juga tidak asing lagi di kalangan masyarakat Melayu. Rupanya seakan-akan nasi impit namun sedikit berbeza rasanya lebih berlemak kerana nasi dimasak bersama santan dan garam. Punten biasanya dinikmati bersama sambal cili padi dan bawang di waktu pagi dan petang. Ada yang teringin nak cuba? Saudari Siti Norliya ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA MASAK PUNTEN & SAMBAL BILIS
BAHAN PUNTEN:
1 cawan beras
3 cawan air
1/2 cawan santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras kemudian masukkan air, santan dan garam. Kacau seketika.
2. Masak nasi hingga kering kemudian tanak (biar keep warm) nasi punten selama lebih kurang 1-2 jam. ( boleh juga bila nasi masak, kacau rata kemudian terus ditumbuk ketika masih panas)
3. Kemudian tumbuk nasi tersebut ketika masih panas dan bolehlah dicetak bentuk lonjong menggunakan senduk.
BAHAN SAMBAL BILIS
20 biji cili api (lebihkan jika mahu lebih pedas) – kisar
3 biji bawang besar – kisar
5 ulas bawang putih – kisar
Sedikit belacan – kisar
2 genggam ikan bilis yang sudah dikopek
1 genggam ikan bilis – kisar kasar
Sedikit air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga garing 2. Masukkan cili dan belacan. Tumis hingga garing. 3. Masukkan air asam jawa dan ikan bilis. Masak hingga pekat. 4. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Masak hingga betul-betul pekat. 5. Sedia untuk dihidangkan bersama Punten.
Sekali pandang, rupanya seperti roti jala tapi bukan roti jala. Rasanya seperti kuih sepit roll.Snek sarang labah-labah ini rupa dan cara buatnya sama seperti roti jala.
Roti jala teksturnya lembut tapi snek sarang labah-labah ini rangup. Jom kita cuba resipi sarang labah-labah oleh Jamilah Nordin ini yang berperisa milo. Kalau nak letak pewarna lain pun boleh.
1. Gaul sebati semua bahan. Kemudian tapiskan. Adunan jangan terlalu cair atau jangan terlalu pekat. Sedang-sedang saja. 2. Masukkan adunan ke dalam bekas menjala atau piping bag.
Lauk pauk tanpa minyak tentunya jadi pilihan ramai kerana lebih menyihatkan. Ada banyak sebenarnya lauk pauk yang sedap boleh dihasilkan. Sedap pula tu. Sangat berbaloi untuk anda cuba. Nak masak menu lauk pauk tanpa minyak ini untuk keluarga? Jom lihat bahan-bahan yang anda perlukan. Selamat mencuba!
KOLEKSI RESIPI LAUK PAUK TANPA MINYAK
1. PINDANG IKAN KERISI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan kerisi | bersihkan dan potong dua
2 ulas bawang merah| hiris
1 ulas bawang putih | titik
½ inci halia| hiris
1 keping asam gelugur
1 sudu kunyit hidup | kisar
1 biji ili hijau |belah tengah
1 biji cili merah | belah tengah
Garam secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan ikan dalam periuk bersama air, kunyit, asam gelugur dan semua bahan hirisan yang lain.
Masak sehingga mendidih, perasakan dengan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan cili.
Biarkan seketika, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Selain ikan kerisik lebih sedap jika menggunakan ikan parang.
2. LAWA DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
300gm daging bakar |dihirs
1 biji kelapa | ambil pati santan
1 sudu lada hitam |kisar halus
3 ulas bawang merah | kisar
1 biji limau nipis |ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit belacan | jika perlu
CARA MEMASAK:
Campurkan hirisan daging dengan semua bahan lain.
Kemudian seimbangkan rasa masin, manis dan masamnya agar sekata.
Sedia dihidangkan
INFO CHEF: Selain daging bakar, boleh juga guna daging salai.
3. SLOW COOKER BEEF STEW
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | potong kiub
50gm tepung serba guna
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 ulas bawang putih | cincang
1 helai daun bay
1 sudu teh paprika
1 sudu teh sos Worcestershire
1 biji bawang besar | cincang
400ml stok daging
3 biji kentang | buang kulit dan potong dadu
2 batang lobak | potong dadu
1 batang saderi |hiris serong
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung di dalam mangkuk kecil bersama garam dan serbuk lada sulah.
Kemudian gaulkan dengan hirisan daging.
Renehkan di dalam periuk sehingga daging empuk.
Kemudian masukkan bawang putih, daun bay, paprika, sos Worcestershire, bawang besar, stok daging , kentang, lobak merah dan saderi.
Tutup periuk dan renehkan selama 5-6 jam.
INFO CHEF: Stew daging lebih sedap jika lebih lama. Enak dimakan bersama roti.
4. CHICKEN POT PIE STEW
BAHAN-BAHAN:
1 kg isi ayam bahagian dada | potong dadu
6 biji kentang | belah 4
150 gm lobak merah kecil
2 batang saderi | cincang
50gm krim ayam
300ml stok ayam
2 sudu teh garam saderi
2 sudu teh garam bawang putih
1 sudu makan lada hitam
50gm sayur campur
CARA MEMASAK:
Campurkan ayam, kentang. Lobak merah, krim ayam, air stok ayam, garam bawang putih, garam saderi dan lada hitam dalam periuk.
Renehkan atas api perlahan sehingga lima jam.
Kemudian masukkan sayur campur dan renehkan lagi sehingga sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Hidangan ini mudah dan sesuai untuk hidangan kanak-kanak.
5. ASAM REBUS DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN:
1kg daging tetel | hiris, bersihkan dan tos
3 keping asam gelugor
3 helai daun salam
2 batang serai |titik
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
12 biji cili padi
6 biji cili merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm lengkuas
2cm halia muda
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan daging tetel dalam periuk bersama bahan kisar.
Seterusnya tambahkan air secukupnya.
Masak di atas api sederhana, setelah mendidih masukkan asam keping daun salam dan serai.
Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
Apabila daging tetel sudah lembut dan secukup rasa, matikan api.
Asam Rebus Tetel sedia dihidangkan.
6. IKAN KUKUS SOS LIMAU NIPIS
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap | dibuang sisik
4cm halia muda | hiris memanjang
3 ulas bawang putih | hiris nipis
1 tangkai daun bawang | potong memanjang
Sedikit daun ketumbar | hiris
Beberapa biji cili padi | hiris
BAHAN SOS ( DIBANCUH):
4 sudu makan jus limau nipis
5 sudu makan stok ayam
Sedikit lada sulah
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan dan keringkan. Kelar dan lumur dengan lada sulah serta garam di bahagian dalam dan luar ikan.
Masukkan dalam pingganyang telah ditabur dengan hirisan bawang putih, ketumbardan halia didasarnya.
Panaskan pengukus, kukus ikan lebih kurang lapan minit.
Setelah ikan masak, curahkan bahan sos tadi.
Akhir sekali taburkan di atas ikan dengan hirisan daun bawang,limau nipis dan cili.
Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Selain ikan siakap, anda boleh tukar dengan ikan bawal atau kerapu.
7. KERABU SOTONG SERAI
BAHAN-BAHAN:
12 ekor sotong | dihiris bulat
2 biji tomato | dipotong dadu
1 batang serai | dihiris halus
2 tangkai daun ketumbar | dihiris halus
5 biji cili padi | dihiris halus
2 tangkai kacang panjang | dihiris halus
2 biji limau nipis | diambil jusnya
Secubit garam
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Celur sotong seketika. Angkat dan toskan airnya. Ketepikan.
Masukkan sotong, serai, ketumbar, cili padi dan kacang panjang ke dalam mangkuk. Gaul rata.
kemudian masukkan jus limau nipis. Gaul hingga rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Nikmati segera.
INFO CHEF: Sotong hanya perlu dicelur seketika bagi mengelakkannya menjadi liat.
Dapatkan MICROWAVE pelbagai jenama dengan harga mampu milik DISINI.
Cuba pelbagai resipi menarik dari laman web kami www.rasa.my
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!