Pastry fruit cake ini satu ketika dulu pernah trending. Ia bukan saja pencuci mulut yang enak tapi juga nampak mewah serta cantik.

Sekali pandang macam susah untuk menghasilkan kek ini namun hakikatnya ia tidaklah begitu. Jika mengikut perkongsian resipi Iedaa Jahaya langkahnya agak mudah dan boleh dilakukan termasuklah untuk yang baru nak mencuba.

Resipi pastry fruit cake yang mewah tapi mudah

Resipi Pastry Fruit Cake Yang Nampak Mewah, Confirm Enak Tapi Senang Nak Buat

Bahan diayak
200g tepung gandum
1sdk baking powder

Bahan lain
100g butter
50ml yogurt asli
3bji telur
150g gula castor
Esen vanilla
1sdb kulit limau Sunquick yang diparut.

Buah-buahan dipotong
Strawberi
Kiwi (jika suka)
Bluberry
Buah peach dalam tin

Resipi Pastry Fruit Cake Yang Nampak Mewah, Confirm Enak Tapi Senang Nak Buat

Cara membuat

1. Dalam satu bekas masukkan gula, butter, yogurt, esen vanilla. Puar dengan kelajuan tinggi hingga putih dan berkrim.

2. Masuk satu persatu telur, putar perlahan hingga sebati.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau guna spatula hingga sebati (boleh juga diputar)

4. Masukkan parutan kulit limau sunquick, kacau lagi hingga sebati.

5. Kemudian bolehlah masukkan adunan dalam loyang. Hentak sedikit.

6. Seterusnya boleh letakkan topping buah yang dipotong tadi. Sementara itu panaskan oven pada suhu 170 darjah Selsius.

7. Bakar dalam oven selama 45 minit.

8. Selepas kek masak, tunggu sejuk sebelum keluarkan dari loyang. Kemudian bolehlah ayak gula aising di atasnya. Siap.

Resipi Pastry Fruit Cake Yang Nampak Mewah, Confirm Enak Tapi Senang Nak Buat

Sumber: Iedaa Jahaya

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI