Resipi Pastry Tuna Chesdale & Ayam Kentang Bakar Berkrim Yang Enak & Memikat Selera

Share

Cuti hujung tahun hampir tiba. Inilah masa untuk mencuba variasi resipi baru. Antara resipi yang boleh dicuba adalah Pastry Tuna Chesdale dan Ayam Kentang Bakar Berkrim inspirasi dari Amerika Syarikat. Tak perlu travel jauh-jauh, anda boleh saja masak sendiri di rumah. Jangan lupa gunakan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes dan Chesdale untuk hasil yang lebih enak. Selamat mencuba!

AYAM KENTANG BAKAR BERKRIM

BAHAN-BAHAN:

  • 8 ketul bahagian atas peha ayam
  • 4 biji kentang muda (saiz medium) – bersihkan & belah dua
  • 200ml Anchor Cooking Cream
  • 500ml stok/air rebusan ayam
  • 300gm Perfect Italiano Perfect Bakes
  • 2 sudu makan minyak sayur
  • 5 ulas bawang putih – cincang
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 2 sudu makan daun kari – cincang
  • 2 biji bawang holland – potong bulat
  • Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
  • Cincangan daun kari segar/saderi – untuk ditabur sebagai hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Tabur sedikit garam pada ayam.
  2. Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak sayur. Letak ayam tadi dan pan fry sekejap dikedua-dua bahagian untuk mendapatkan warna perang. Ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk, satukan Anchor Cooking Cream, stok ayam, cincangan bawang putih, rempah kari, cincangan daun kari, garam dan serbuk lada hitam secukupnya. Kacau rata.
  4. Sediakan mangkuk tahan panas yang disapu sedikit minyak. Susun ubi kentang dan hirisan bawang hollang di bahagian bawah mangkuk.
  5. Susun pula ayam yang telah diperangkan tadi di dalam dulang pembakar.
  6. Tuang campuran cream ke atas ayam.
  7. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit.
  8. Setelah 40 minit, buang penutup dulang lalu tabur keju Perfect Italiano Perfect Bakes dan teruskan bakar selama 15-20 minit lagi.
  9. Tabur cincangan daun kari/saderi dan hidangkan.

 

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

PASTRY TUNA CHESDALE

BAHAN-BAHAN:

  • 8 keping Keju Cheddar Chesdale
  • 4 keping puff pastry (size medium)
  • 200gram tuna dalam tin – ambil isi saja dan hancurkan sedikit
  • 8 biji tomato ceri – belah dua
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1/2 sudu teh serbuk paprika
  • Garam secukupnya
  • Cincangan parsley

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam mangkuk, satukan sos cili, sos tomato, serbuk paprika dan garam secukupnya. Gaul sebati.
  2. Ambil sekeping puff pastry lalu kemaskan bahagian tepinya agar tinggi sedikit. Letak dalam dulang pembakar yang telah disapu dengan sedikit mentega.
  3. Letakkan sesudu campuran sos tadi dan ratakan.
  4. Letak dua keping Keju Cheddar Chesdale di atas sos.
  5. Susun tomato di bahagian keliling puff pastry, sendukkan cincangan tuna dan letak di bahagian tengah.
  6. Tabur dengan cincangan parsley di atas tuna.
  7. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 15 minit. Hidangkan panas.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Naqiyatul Uzma