Jika anda suka minum susu kurma, pati kurma homemade ni pasti memudahkan anda bersahur. Campur dengan susu dan ia boleh terus boleh minum.
Nampak simple tetapi minuman ni boleh buat perut anda rasa kenyang dan mampu bertahan sampai waktu berbuka. Kalau dibeli susu kurma sedia ada di pasran, sekotak boleh tahan juga harganya. Buat sendiri baru puas hati. Malh pes ini jug tahan lm serta pelbagai guna.
Nak cuba resipi perkongsian saudari Nadiah Latfi ni? Jom tengok cara-cara penghasilannya.
CARA BUAT PATI KURMA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMBUAT:
1. Buang biji dan basuh buah kurma. Toskan airnya.
2. Kukus buah kurma tadi selama 20 minit.
3. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar hingga hancur.
4. Masukkan kisaran kurma tadi di dalam bekas dan boleh disimpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
5. Untuk menikmati susu kurma semasa sahur, campur 2 sudu makan pati kurma bersama susu. Kacau sebati. Boleh juga campur madu, badam, kismis dan sebagainya.
6. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nadiah Latfi
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official