Hari pertama puasa selain lauk pauk, ramai yang mencari minuman yang istimewa untuk disediakan ketika iftar.
Air strawberi lemonade ini antara yang boleh dicuba. Rasa masam manis dari strawberi dan lemon ini bukan saja sedap tapi memberi kesan yang sangat menyegarkan. Menariknya ia dibuat dalam bentuk pati, hanya tambah aiskrim soda dan kiub ais untuk disediakan sebelum berbuka.
Lemon
Strawberi
1 1/4 cawan gula
Aiskrim soda
Ais Secukupnya
1. Cuci buah strawberi sehingga bersih.
2. Gosok kulit lemon dengan garam dan cuci bersih.
3. Hiris buah lemon dan buah strawberi, masukkan dalam bekas.
4. Kemudian, masukkan pula gula dan kacau rata.
5. Masukkan ke dalam balang dan biarkan seketika.
6. Setelah itu, ambil dua sudu besar pati tersebut dan masukkan ke dalam bekas.
7. Masukkan kiub ais dan masukkan air soda.
Siap!
Selamat Mencuba!
Sumber: TikTok Little_ingredient