Sedapnya kalau dapat makan Pau Gorengyang sangat gebu dan lembut. Inti kacang merahnya pula dibuat sendiri. Wah…tentunya berganda-ganda sedap. Bagi anda yang suka makan Pau Goreng panas-panas, resipi perkongsian saudari Ida Zaida ni antara yang boleh dicuba. Pasti puas hati dengan hasilnya. Bahan pun adun guna mixer je. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT PAU GORENG KACANG MERAH SEDAP & GEBU
BAHAN A:
1 paket yis kering mauripan – beli online disini 2 sudu besar susu pekat – beli online disini 1 cawan air suam (anggaran) 2 sudu teh gula (Campur semua bahan A dan biarkan sehingga berbuih)
CARA MEMASAK: 1. Kemudian campurkan bahan A, B dan C ke dalam bekas bersesuaian dan uli. Perap sekejap adunan supaya kembang. Kemudian tumbuk untuk buang angin.
2. Bentukkan doh bulat-bulat dan masukkan inti kacang merah dengan secukupnya. Inti boleh dibeli di kedai bakeri (klik untuk resipi INTI KACANG MERAH). 3. Letak doh yang telah diletak inti tadi dalam tray atau dulang yang telah ditabur tepung. Lakukan hingga habis.
4. Agak-agak doh pau mengembang hampir 2 kali ganda saiz asal, boleh mula menggoreng dengan api sederhana. Pastikan minyak betul-betul panas.
5. Goreng hingag pau kekuningan. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
Dari utara hingga ke selatan dan dari timur ke barat, juadah masakan kampung menjadi penambat selera berbuka puasa. Dek kerana imbauan inilah menjadikan anak-anak di kota rindu untuk pulang ke desa. Terasa nak makan lauk macam yang mak-mak masak untuk buka puasa hari ni? Jom cuba menu-menu di bawah.
1. GULAI LEMAK SEPUT SEDUT BERSAMA DAUN KADUK DAN KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
1kg siput sedut | bersihkan, potong ekornya
500ml santan pekat
250gm ubi keledek | buang kulit dan potong dadu
150gm daun kaduk
2 batang serai | titik
1 keping asam gelugor
Garam, gula dan perasa secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
3cm kunyit hidup
2cm halia
16 biji cili padi
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minhyak dalam periuk, 2. Masukkan bahan kisar, dan tumis hingga wangi, kemudian masukkan santan. 3. Didikan di atas api sederhana bersama daun kaduk dan keledek. 4. Setelah mendidih masukkan serai dan asam gelugor. 5. Selepas dua minit masukkan siput sedut. 6. Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. 7. Tutup api dan gulai sedia dihidangkan.
2. SAMBAL PARU GORENG KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
500gm paru | rebus dan hiris nipis
1 sudu air asam jawa
1 biji bawang Holland | hiris bulat
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
6 biji cili merah
5 ulas bawang
3 ulas bawang putih
2cm halia
2 batang serai
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak, goreng paru yang telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan. 2. Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak. 3. Masukkan air asam dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup rasa. 4. Apabila kuah agak garing masukkan hirisan bawang Holland bersama paru. 5. Gaul rata kemudian tutup api. 6. Sambal paru sedia dihidangkan.
3. IKAN KEMBUNG GORENG CILI
BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan kembung | dilumur garam dan digoreng
4 sudu makan kicap manis
2 sudu makan kicap pekat
4 sudu makan sos cili
5 biji cili padi | dikisar
4 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dihiris
1 biji bawang besar Holland | dihiris
1cm halia | dihiris halus
Sedikit serbuk lada hitam
8 biji cili padi | dibuang tangkai
Sedikit air
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga garing. 2. Kemudian masukkan hirisan bawang putih, bawang besar, halia dan cili padi. Kacau sehingga naik bau. 3. Seterusnya masukkan kicap manis, kicap pekat, serbuk lada hitam dan sos cili. Kacau rata. Tambahkan sedikit air. Biarkan mendidih. 4. Masukkan ikan. Perasakan dengan garam jika perlu. Gaul rata dan biarkan mendidih seketika. 5. Sedia untuk dinikmati.
4. BUNCIS GORENG CILI
BAHAN-BAHAN:
400gm kacang buncis | dihiris serong
4 sudu makan cili kering kisar
3 ulas bawang putih | ditumbuk
1 ulas bawang merah | ditumbuk
1 biji bawang besar | dihiris
1 biji cili merah | dihiris
2 sudu makan udang kering | direndam dan ditumbuk
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih serta bawang merah sehingga wangi. 2. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis sehingga garing dan pecah minyak. 3. Masukkan udang kering dan kacang buncis. Gaul rata sehingga sayur kelihatan hampir masak. 4. Tambahkan hirisan cili merah. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. Jika perlu, masukkan sedikit air dan buarkan sayur masak sepenuhnya. 5. Sedia untuk dihidangkan
5. KUBIS GORENG KICAP
BAHAN-BAHAN:
1/2 biji kubis | dihiris
2 sudu makan kicap manis
3 sudu makan kicap masin
3 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
2 sudu makan ikan bilis| dibelah dua
180ml air
1 biji cili merah | dihiris
1 biji cili hijau | dihiris
Sedikit serbuk perasa ayam/ikan bilis
Sedikit gula
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1. Panaskan kuali dan tumis bawang putih serta ikan bilis sehingga wangi. 2. Kemudian masukkan kicap manis, kicap masin dan air. Biarkan mendidih seketika. 3. Seterusnya masukkan hirisan kubis, cili merah dan cili hijau. Gaul rata sehingga kubis menjadi lembut. 4. Perasakan dengan serbuk perasa dan gula dengan secukup rasa. Gaul rata. 5. Angkat dan nikmati segera
Ayam masak asam pedas? Macam pelik je kan? Tapi memang sedap. Begitu juga dengan rendang ayam dengan kacang panjang. Walaupun dua menu ini jarang orang masak tetapi tak salah sekali sekala anda cuba dan variasikan rasa masakan sebagai hidangan keluarga dan menambah skil memasak. Kata orang tak cuba tak tau, bila dan cuba rasa nak masak selalu.
AYAM MASAK ASAM PEDAS
BAHAN-BAHAN :
500gm ayam- potong sederhana
3 ulas bawang merah-kisar
2 ulas bawang putih-kisar
2sm belacan-kisar
1 sudu lada hitam-kisar
2 sudu besar cili kisar
2 sudu serbuk kari ayam
½ cawan air asam jawa
2 helai daun limau purut
1 biji tomato-belah empat
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Minyak secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
2.Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam, , renehkan lebih kurang 10 minit dan masukkan air asam
4. Kecilkan api, masukkan garam dan gula secukupnya. Biarkan kuah mereneh hingga timbul minyak.
5. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan tomato sebelum angkat dan hidangkan.
RENDANG AYAM KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam-potong kecil
200 gm kacang panjang-potong 3sm
200 ml santan pekat
2 helai daun limau purut
2 sudu besar kerisik
1 keping asam gelugur
6 ulas bawang merah-kisar
2sm kunyit hidut-kisar
2 batang serai-kisar
6 tangkai cili kering-kisar
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, kemudian tumis bahan dikisar sehingga garing dan pecah minyak.
Masukkan ayam dan masak hingga ayam kecut dan air kering.
Masukkan santan, garam dan gula.
Apabila sudah pekat, masukkan kerisik.
Masukkan kacang panjang dan daun limau purut.
Kecilkan api dan biarkan rendang mereneh lebih kurang 5 minit lagi sebelum angkat dan hidang.
Suka makan Roti Goreng berbalut kulit popia macam yang biasa dijual di pasar malam? Sedap kan rasanya. Ringkas sahaja tapi membuka selera. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri roti ni di rumah untuk sajian keluarga, saudara Ahmad Salehuddin Amirwan ada kongsikan resipinya. Sukatan bahan-bahan boleh ubah suai mengikut cita rasa masing-masing. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuat intinya, tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong dadu. 2. Bila sudah kekuningan, masukkan cincangan daging burger. Tumis sampai daging burger masak. 3. Ambil serbuk kari dan bancuh dengan air. Tuang ke dalam kuali berisi daging tadi. Kacau sebati. 4. Perasakan dengan garam dan juga serbuk perasa dengan secukupnya. Menurut empunya resipi, seeloknya bagi inti sedikit masin supaya rasanya lebih sedap kerana roti tu tawar. 5. Masak lagi hingga inti menjadi sempurna. Jika suka, boleh tambah ubi kentang yang dipotong dadu halus dan juga daun kari supaya lebih wangi. 6. Bila inti sudah kering dan sedikit pecah minyak, padamkan api dan ketepikan.
7. Ambil roti dan belah tepinya. Masukkan inti tadi dengan secukupnya. Boelh juga letak lebih supaya lebih sedap.
8. Tambah sos cili dalam inti tadi.
9. Bungkus roti menggunakan kulit popia.
10. Buat bancuhan tepung gandum dengan air suam. Rendam roti dalam bancuhan tepung tadi kemudian terus balut menggunakan kulit popia. 11. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng roti yang telah dibalut tadi hingga kekuningan. 12. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
INFO: Kalau inti tu ada lebih, boleh tambah telur dan jadikan Roti John.