Sedapnya kalau dapat makan Pau Goreng yang sangat gebu dan lembut. Inti kacang merahnya pula dibuat sendiri. Wah…tentunya berganda-ganda sedap. Bagi anda yang suka makan Pau Goreng panas-panas, resipi perkongsian saudari Ida Zaida ni antara yang boleh dicuba. Pasti puas hati dengan hasilnya. Bahan pun adun guna mixer je. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT PAU GORENG KACANG MERAH SEDAP & GEBU
BAHAN A:
1 paket yis kering mauripan – beli online disini
2 sudu besar susu pekat – beli online disini
1 cawan air suam (anggaran)
2 sudu teh gula
(Campur semua bahan A dan biarkan sehingga berbuih)
BAHAN B:
4 cawan tepung gandum – beli online disini
2 sudu besar marjerin – beli online disini
2 sudu teh baking powder – beli online disini
1 sudu teh garam
(Ramas semua bahan hingga jadi seperti serbuk roti)
BAHAN C:
1/2 cawan susu full cream/ susu segar – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Kemudian campurkan bahan A, B dan C ke dalam bekas bersesuaian dan uli. Perap sekejap adunan supaya kembang. Kemudian tumbuk untuk buang angin.
2. Bentukkan doh bulat-bulat dan masukkan inti kacang merah dengan secukupnya. Inti boleh dibeli di kedai bakeri (klik untuk resipi INTI KACANG MERAH).
3. Letak doh yang telah diletak inti tadi dalam tray atau dulang yang telah ditabur tepung. Lakukan hingga habis.
4. Agak-agak doh pau mengembang hampir 2 kali ganda saiz asal, boleh mula menggoreng dengan api sederhana. Pastikan minyak betul-betul panas.
5. Goreng hingag pau kekuningan. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Ida Zaida
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official