Resipi Pau Goreng Sedap Guna Inti Kacang Merah Homemade

Share

Sedapnya kalau dapat makan Pau Goreng yang sangat lembut. Inti kacang merahnya pula dibuat sendiri. Wah…tentunya berganda-ganda sedap. Bagi anda yang suka makan Pau Goreng panas-panas, resipi perkongsian saudari Sha Roziah Al Yahya ni antara yang boleh dicuba. Pasti puas hati dengan hasilnya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

CARA BUAT PAU GORENG DAN INTI KACANG MERAH HOMEMADE

RESIPI PAU GORENG

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat doh pau, masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan.
2. Satukan air, yis, shortening, gula dan garam. Uli adunan selama 10-15 minit.
3. Bentuk doh bulat-bulat. Setiap satu doh seberat 40gm. Tutup doh menggunakan plastik dan biarkan selama 10 minit.
4. Setelah cukup masanya, ambil doh dan tekan menjadi bulat. Masukkan inti kacang merah dan bentukkan kembali doh menjadi bulat. Lakukan hingga habis.


5. Kemudian biarkan doh selama 1 jam.


6. Panaskan minyak masak hingga sederhana panas. Goreng pau hingga berwarna keperangan. Toskan minyaknya.

7. Pau Goreng sedia untuk dinikmati. Adunan ini akan dapat dalam 12-13 biji pau.

 

RESIPI INTI KACANG MERAH

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:

1. Rebus kacang merah hingga lembut. Matikan api dan biarkan sejuk sebentar.

2. Masukkan kacang merah tadi ke dalam pengisar bersama lebihan air rebusan tadi. Kisar hingga agak halus. Jika agak tidak cukup air, masukkan sedikit lagi.

3. Tuang kisaran kacang ke dalam periuk bersama gula, garam, daun pandan dan baki air. Masak sehingga pekat.

4. Masukkan juga tepung gandum. Kacau sebati.

5. Bila adunan kacang merah sudah agak pekat, masukkan minyak jagung. Kacau lagi hingga sebati. Siap.

6. Sejukkan inti kacang merah dan boleh digunakan untuk membuat Pau Goreng.

Kredit resipi & foto: Sha Roziah Al Yahya

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah & sedap di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur