Pau kampung kukus atau pau kukus homemade ni memang sedap lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Ada resipi mudah yang boleh anda cuba. Tak perlu beli lagi kerana anda boleh hasilkan sendiri pau kampung kukus yang sedap dan pelbagai inti secara homemade. Caranya sangat mudah. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ain Khamis. Pasti puas hati.
RESIPI PAU KAMPUNG KUKUS INTI SEKAYA YANG SEDAP & MUDAH
1.Satukan semua bahan dan uli hingga sebati menggunakan mixer atau bread maker. Boleh juga uli menggunakan tangan. 2. Bila adunan sudah sempurna diuli, timbang doh seberat 25gm setiap satu dan bulatkan / rounding cantik-cantik.
3. Biarkan doh dalam 15 minit kemudian letakkan inti yang disukai. Boleh guna inti kaya, kari ayam, kacang merah, sambal bilis, sambal sardin dan bermacam-macam lagi. Bulatkan kembali doh.
4. Biarkan doh mengembang sekali lagi dalam 40 minit kemudian barulah dikukus selama 8 minit.
5. Pau Kampung Kukus yang sedap, lembut dan gebu sedia untuk dinikmati.
Ads
INFO:
Berat doh 25gm akan dapat 24 biji pau saiz kecil.
Penggunaan shortening atau lemak sayuran adalah bertujuaan untuk memutihkan pau. Kalau guna marjerin, doh pau agak kekuningan .
Hari ni nak kongsi resipi buat donut yang gebu dan cantik kejadiannya. Kadang geram je rasa bila buat donut tapi tak berapa gebu, kan?
DONUT GEBU
Bahan A
2 sudu besar yis mauripan
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar gula
1/2 cawan air suam
Campur bahan ini dah biarkan kembang
Bahan B
2 cawan tepung gandum
3 sudu besar minyak masak
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
Cara membuat
1. Gaul Bahan B sehingga jadi macam serbuk roti. Kemudian campur Bahan 1. Gaul rata.
2. Masuk dalam bekas dan biarkan kembang (saya perap 15 minit saja).
3. Selepas 15 minit keluarkan doh dan tumbuk-tumbuk adunan.
4. Kemudian terap gunakan acuan (dan perap lagi 15 minit).
5. Goreng api perlahan. Angkat dan biarkan seketika. Salut gula.
Info:
– Guna mug untuk menyukat.
– Adunan dapat dalam 15 biji (kalau nak banyak gandakan adunan)
Kuih Tepung Bungkus ni memang sedap dan disukai ramai lebih-lebih lagi di bulan puasa. Jadi sempena PKP ni, bolehlah cuba buat sendiri. Maklumlah, bazar pun tak ada nak beli kuih muih. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri kuih yang ada rasa ‘kampung‘, resipi perkongsian saudari Norfazleen Azliana ni antara yang terbaik. Mudah rupanya nak buat kuih ni. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUIH TEPUNG BUNGKUS
BAHAN TEPUNG:
3 cawan santan pekat
Sedikit gara,
2 cawan tepung beras
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dan garam ke dalam kuali. Kacau sebati tanpa api.
Masukkan tepung beras. Kacau sampai sebati dan tidak berketul.
Buka api sederhana dan masak bancuhan tepung dan santan tadi. Kacau hingga mendapat tekstur berketul sebegini.
Untuk membuat tepung bungkus, sudukan adunan tepung ke atas daun pisang. Lubangkan sedikit untuk letak inti. Sudukan inti kelapa secukupnya.
Bungkus dengan kemas dan sedia untuk dikukus selama 20 minit.
BAHAN INTI KELAPA:
1 biji kelapa – ambil bahagian putih sahaja
1 keping gula kerek / gula melaka/nisan/manisan
2 cawan air
3 sudu makan gula
Gula merah secukupnya – ikut citarasa. Tujuan untuk dapatkan warna inti yang cantik.
2 sudu teh tepung pulut
Daun pandan secukupnya
CARA MEMASAK:
Masak air bersama gula kerek, gula makan dan gula merah. Masukkan daun pandan dan kacau hingga gula larut.
Kemudian masukkan tepung. Masak lagi hingga inti kering.
Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam adunan kuih.
INFO: Jika suka, inti boleh dibulatkan dan golekkan ke dalam tepung pulut sebelum dimasukkan ke dalam adunan kuih. Ia bertujuan untuk hasilkan kuih tepung bungkus yang cantik.
Selalu bila makan atau beli pisang goreng kita akan kutip sekali serdaknya untuk dinikmati sekali supaya terasa ranggupnya. Inilah yang menambah keenakan pisang goreng.
Cuma jika menggunakan teknik menggoreng pisang yang dikongsi kali ini, kita tak perlu lagi mengutip serdak kerana salutan tepung pisang goreng ini sedia rangup. Sambil makan memang krup-krap bunyinya.
Teknik bancuh tepung supaya pisang goreng rangup krup krap
Bahan-bahan
Pisang – dibuang kulit dan dibelah (jenis pisang ikut citarasa)
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
Bes minuman jagung/Serbuk kunyit
Garam
1 biji telur
1/4 sudu kecil kapur makan
Air secukupnya
Cara membuat
1. Campurkan semua bahan dalam bekas dan gaul sebati.
2. Bancuhan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair biar sedang-sedang saja supaya tepung bersalut elok dengan pisang.
3. Langkah menggoreng pisang ini berbeza sedikit untuk menghasilkan serdak yang melekat pada goreng pisang. Caranya panaskan minyak, ambil sedikit bancuhan tepung dan masukkan dalam gelas kemudian tambah sedikit air supaya cair sikit. Kemudian curahkan dalam minyak panas tadi. Ia akan membentuk serdak rangup yang halus.
4. Kemudian ambil pisang yang dicelupkan tepung dan letak atas serdak yang terbentuk. Biarkan garing.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!