Makan

Resipi Peanut Butter Chocolate Chip Yang Rangup & Enak

Share

Tak lengkaplah raya kalau tiada biskut raya kan? Kali ini, kami kongsikan resipi Peanut Butter Chocolate Chip yang mudah, enak dan rangup. Malah, biskut bertambah harum bila masak menggunakan Anchor Unsalted Butter. Pasti anda puas hati dengan hasilnya. Jom cuba.

 

PEANUT BUTTER CHOCOLATE CHIP

Bahan-bahan:

  • 75gm Anchor Unsalted Butter
  • 150gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 150gm tepung naik sendiri
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 100gm chocolate chip
  • 100gm marshmallow
  • 40gm peanut butter
  • Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry

 

Cara Memasak:

  1. Di dalam mangkuk, gaulkan gula dan Anchor Unsalted Butter hingga sebati. Kemudian masukkan telur dan tepung. Gaul sebati.
  2. Masukkan serbuk koko, peanut butter, chocolate chip dan marshmallow. Gaul hingga menjadi doh.
  3. Bentukkan adunan menjadi bulat dan letakkan di atas dulang pembakar.
  4. Bakar selama 10 minit pada suhu 180°C atau sehingga biskut bertukar perang.
  5. Enak dinikmati bersama
    Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

 

 

 

Published by
Naqiyatul Uzma