Resipi Pecal Nangka Mudah. Unik Tapi Rasa Dia Memang Mari.

Share

Kombinasi bahan segar dan kuah pecal yang enak menjadikan hidangan ini sebagai menu wajib cuba. Lebih istimewa, sambal pecal boleh disimpan lama dalam bekas kedap udara dan disimpan dalam peti sejuk beku. Boleh dikeluarkan dan diguna pada bila-bila masa.

 

RESIPI PECAL NANGKA

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm nangka muda | dipotong dadu dan rebus
  • 2 batang pucuk kangkung | dicelur dan potong 3cm
  • Sedikit hirisan timun

BAHAN KUAH KACANG:

  • 200gm kacang tanah | digoreng tanpa minyak
  • 4 sudu besar gula perang atau pasir
  • 1 biji cili merah | dihiris
  • 6 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 3 ulas bawang merah | dihiris
  • 1cm halia | dihiris
  • Sedikit belacan
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Air panas secukupnya |untuk membancuh kuah kacang
  • Sedikit minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Goreng kacang tanah tanpa minyak hingga keperangan, angkat dan ketepikan.
  2. Apabila sejuk buang kulitnya, kemudian tumbuk hingga hancur.
  3. Panaskan sedikit minyak, goreng bawang merah, putih, halia, cili merah dan cili padi hingga kekuningan.  Angkat dan toskan minyaknya.
  4. Goreng pula belacan, angkat dan ketepikan.
  5. Kacang yang telah digoreng tadi buangkan kulitnya, kemudian tumbuk hingga hancur, ketepikan.
  6. Selepas kacang, tumbuk pula bahan goreng tadi hingga sebati, tambahkan sedikit air asam dan garam secukupnya.
  7. Masukkan bahan ini dalam bekas berisi kacang tumbuk tadi bersama gula perang atau putih. Gaul rata hingga sebati.
  8. Bancuh sambal pecal dengan air panas sehingga menjadi kuah yang tidak terlalu cair atau pekat. Jika kurang garam atau gula boleh tambah.
  9. Masukkan campuran nangka muda dalam mangkuk.
  10. Tuangkan kuah kacang di atasnya dan hidangkan.
Published by
Nur