Pecal  adalah antara sajian masyarakat Jawa yang tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia terutamanya bila tiba bulan Ramadan. Ia juga sesuai dimakan pada bila-bila masa sama ada sarapan pagi, makan tengahari atau pun malam. Rahsia keenakannya terletak pada kuah. Kalau ‘power’ kuahnya, maka sedaplah pecal anda. Nak cuba? Resipi ini pasti memukau selera.

 

CARA MASAK PECAL PUCUK UBI

Resipi Pecal Pucuk Ubi Sedap. Sesuai Untuk Berbuka Puasa.

 

BAHAN-BAHAN:

300gm pucuk ubi |dibuang tangkai

BAHAN KUAH KACANG:

150gm kacang tanah | goreng tanpa minyak

3 sudu besar gula perang atau pasir

1 biji cili merah | dihiris

IKLAN

5 biji cili padi

2 ulas bawang putih | dihiris

2 biji bawang merah | dihiris

1cm halia | dihiris

Sedikit belacan

Sedikit air asam jawa

Garam secukup rasa

IKLAN

Air panas secukupnya

Sedikit minyak masak

CARA MEMASAK:

1. Goreng kacang tanah tanpa minyak hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.

2. Masak air di dalam periuk dan celur pucuk ubi hingga lembut. Kemudian angkat, tos dan ketepikan.

3. Panaskan sedikit minyak, goreng bawang merah, putih, halia, cili merah dan cili padi hingga kekuningan.  Angkat dan toskan minyaknya.

IKLAN

4. Goreng pula belacan, angkat dan ketepikan.

5. Kacang yang telah digoreng tadi buangkan kulitnya, kemudian tumbuk hingga hancur, ketepikan.

6. Selepas kacang, tumbuk pula bahan goreng tadi hingga sebati. Tambahkan sedikit air asam dan garam secukupnya.

7. Masukkan bahan ini dalam bekas berisi kacang tumbuk tadi bersama gula perang atau putih. Gaul rata hingga sebati.

8. Bancuh sambal pecal dengan air panas sehingga menjadi kuah yang tidak terlalu cair atau pekat. Jika kurang garam atau gula boleh tambah.

9. Akhir sekali tuangkan kuah kacang atas pucuk ubi, gaul rata dan sedia dihidangkan.

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

Cara Buat Air Nanas Soda Sedap Hanya Guna 3 Bahan

https://www.rasa.my/resipi-pais-ikan-yang-mudah-sedap-masak-guna-kuali-je/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI