Macam macam perencah ada. Nasi goreng ikan bilis, sambal tumis/asam pedas, kari ikan, pes ikan bakar dan sos black pepper. Tepuk dada tanya selera nak makan apa hari ini. Dah ada pes kerja masak pun senang.
Pes Ikan Bakar 1. Kisar cabai kering, bawang besar, bawag merah dan bawang putih, serai yang dihiris nipis-nipis, sedikit belacan dan kunyit hidup sehingga halus. 2. Panaskan kuali dan tumis bahan kisar dengan sedikit minyak. 3. Masukkan gula dan perahan air asam jawa. Masak sehingga naik minyak. 4. Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.
Pes Sambal Tumis 1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan belacan. 2. Tumis dalam minyak panas. Masukkan gula melaka/gula putih dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak. 3. Masukkan garam/perisa. Tutup api.
Pes Gulai Ikan 1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris halus bersama daun kari dan halba campur sehingga kekuningan. 2. Masukkan bahan kisar- rempah kari ikan, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan sedikit cili kering. 3. Masukkan perahan air asam jawa dan garam. Kacau sebati. Masak sehingga naik minyak. Tutup api. (Semasa gunakan pes cuma tambahkan santan, ikan dan bendi/terung/timun dan sebagainya.
Kuah Black Pepper 1. Rebus bawang besar dan kentang sehingga lembut. Bila sejuk, kisar sehingga halus menggunakan air rebusan tersebut. 2. Panaskan kuali dan leburkan sedikit butter. 3. Masukkan kentang dan bawang yang dikisar. 4. Masukkan sos black pepper, sos tiram dan kicap 5. Tambahkan sedikit serbuk lada putih, gula dan garam 6. Sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah. 7. Masak hingga pekat dan naik bau. (Boleh dimakan bersama fries, ayam goreng dan lain)
Ads
Pes Nasi Goreng Ikan Bilis 1.Kisar ikan bilis yang dibuang tulang, bawang merah, bawang putih dan segenggam cili padi. 2. Tumis semua bahan sehingga naik minyak. 3. Masukkan kiub ikan bilis. Kacau sebati sehingga agak pekat/kering. Tutup api. (Semasa menggoreng nasi boleh tambah fish ball, udang, sotong, isi ayam, sayur-sayuran dan sebagainya.
Pes Asam Pedas Tumis 1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, sebiji tomato dibuang biji dan sedikit belacan. 2. Tumis dalam minyak panas. 3. Masukkan serai yang diketuk, gula dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak. 4. Masukkan garam/perisa. (Semasa menggunakan pes, tambah air, masukkan daun kesum dan ikan. Juga kacang bendi/timun. Tunggu didih. Tutup api.)
Jom belajar buat sos Cheesy Wedges homemade! Anak-anak anda pasti ada yang suka makan kentang goreng yang ada sos berkeju ni kan? Kalau ke restoran ayam goreng tu, mesti wajib beli. Menerusi perkongsian saudara Are Peace, beliau tunjukkan cara-cara membuat sos cheesy wedges yang boleh masak secara homemade. Memang mudah & lebih jimat. Kalau cicah dengan makanan bergoreng yang lain pun sedap. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI SOS CHEESY WEDGES HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 tin susu cair
1 sudu makan tepung gandum – bancuh dengan sedikit air
1 kiub pati ayam – boleh juga guna 1/2 kiub sahaja
4 sudu makan mentega
6 keping keju cheddar
1 sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK:
Cairkan mentega dan masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali bancuhan tepung gandum.
Kacau dengan api sederhana sampai semua bahan larut dan sebati.
Masukkan bancuhan tepung gandum. Kacau hingga pekat.
Siap dan masukkan ke dalam bekas. Simpan dalam peti sejuk dan boleh tahan hingga 1 minggu.
Sesekali menikmati sajian Maggi Goreng Specialala restoran Mamak ni memang terasa keenakannya. Bagi anda yang suka sangat makan Maggi Goreng, apa kata cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ni antara yang boleh dicuba.
Nampak sangat membuka selera. Sebenarnya menu yang seakan restoran ni boleh sahaja kita masak sendiri di rumah. Cukup segala bahannya, pasti terasa enak. Saling tak tupah macam dekat kedai.
Bagi penggemar menu ni, tak perlu risau. Bila-bila terasa nak makan, boleh dah masak sendiri. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI MAGGI GORENG SPECIAL SEDAP ALA RESTORAN MAMAK
BAHAN-BAHAN: 3 paket mi segera perisa Kari – mi direbus 1/2 masak 3 paket perencah mi segera Kari 3 biji telur Sawi dan tauge secukupnya 1 biji tomato Lobak merah 7 ulas bawang putih – ditumbuk 5 biji bawang merah – dihiris 1 biji cili merah – hiris 1 biji cili hijau – hiris 3 sudu makan cili kisar – beli online disini Fishball Meatball 1 sudu teh serbuk belacan – beli online disini 1½ sudu makan sos cili – beli online disini 1½ sudu teh sos tomato – beli online disini 1 sudu makan sos tiram – beli online disini 1 sudu teh sos ikan – beli online disini 1½ sudu makan kicap – beli online disini 1 sudu kecil kicap cair – beli online disini Serbuk lada putih – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Tumiskan bawang putih sehingga garing.
2. Kemudian masukkan bawang merah. Masak hingga keperangan.
3. Masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan fishball dan meatball.
5. Masak sebentar dan masukkan 2 biji telur. Masak seperti telur hancur.
6. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, serbuk belacan, kicap manis dan perencah maggi. Gaul rata.
7. Seterusnya masukkan sawi, tauge, lobak merah, tomato dan mi segera yang telah direbus separuh masak. Gaul sehingga rata.
8. Masukkan pula sos ikan dan kicap cair jika kurang masin.
9. Masukkan serbuk lada putih dan lagi 1 biji telur. Gaul sebati sehingga berasap.
Bila tiba waktu makan tengahari, pasti ada ibu-ibu yang pening memikirkan menu lauk yang mahu dimasak. Walaupun memang setiap hari menyediakan sajian di dapur, pasti akan ada harinya dimana tiba-tiba jadi buntu.
Jangan risau, saudari Widiati Sulaiman; pemilik Restoran Nasi Lemak Kak Ros, Shah Alam bermurah hati berkongsi seleksi resipi lauk pauk yang sesuai disajikan buat keluarga setiap hari. Semuanya sangat mudah disediakan dan enak-enak belaka. Paling penting, semuanya ‘homemade’, bersih dan tentunya halal. Selamat mencuba!
1. GULAI KUNING IKAN MASIN BERSAMA HIRISAN TIMUN & KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN: 10 biji cili padi (*) 1 ulas bawang merah (*) 1 batang serai 2 cm kunyit (*) 3 keping ikan masin talang – rendam seketika dalam air panas 1/2 biji nanas – hiris kecil 250ml santan 150ml air Garam secukup rasa 1 biji timun – hiris 5 tangkai kacang panjang – hiris
CARA MEMASAK: 1.Rebus kepingan nanas hingga layu. Ketepikan. 2. Kisar bahan bertanda (*) hingga halus. 3. Didihkan bahan kisar bersama nanas. Masukkan serai. 4. Setelah mendidih, masukkan kepingan ikan masin diikuti dengan santan dan air. 5. Biarkan mendidih sambil dikacau. 6. Masukkan hirisan timun dan juga kacang panjang. Masak lagi hingga sayur lembut. 7. Rasa kuah gulai dan jika kurang masin, boleh tambah sedikit garam. 8. Sedia untuk dihidangkan.
2. SEMUR AYAM
BAHAN-BAHAN: 1 ekor ayam – potong kecil 4 batang serai 200ml kicap manis 150ml santan 2 biji bawang besar – kisar 4cm halia – kisar 3 ulas bawang putih – kisar 2 biji cili merah 1 sudu kecil asam jawa adabi 1/2 sudu kecil gula 1 sudu kecil garam Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN KISAR KERING: 2 sudu makan jintan manis 2 sudu makan jintan putih 1 sudu makan ketumbar 1 sudu makan lada hitam
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan ayam dan goreng terlebih dahulu. Ketepikan. 2. Tumiskan bahan kisar hingga wangi. 3. Kemudian masukkan bahan kisar kering bersama dengan serai. Tumis hingga kekuningan. 4. Masukkan kicap diikuti dengan santan. Sebatikan. 5. Perasakan dengan gula, garam dan asam jawa dengan secukupnya. 6. Setelah mendidih, masukkan ayam dan kacau sebati. 7. Tutup api dan sedia untuk dinikmati.
3. TERUNG BILIS GORENG SAMBAL
BAHAN-BAHAN: 3 biji terung – potong kecil 8 biji cili merah – kisar 5 biji cili padi – kisar 2 ulas bawang putih – kisar 2 biji bawang merah – hiris halus 3 biji tomato – potong dadu Segenggam ikan bilis 1 sudu makan gula 1 sudu kecil garam Sedikit perisa makanan Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan goreng terung cukup sekadar kulit terung bertukar warna. Angkat dan toskan. 2. Kemudian dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan. 3. Keluarkan minyak tadi tinggalkan sedikit untuk menumis bahan kisar. 4. Tumis bahan kisar hingga agak kering. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. 5. Masukkan hirisan tomato dan bawang. Gaul sebati. 6. Setelah sambal mendidih dan cukup rasa, masukkan terung dan juga bilis. Padamkan api dan gaul hingga sebati. 7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
BAHAN-BAHAN: 1kg daging tetel – hiris 200gm cili kisar 4cm halia – kisar 2cm kunyit hidup – kisar 2 ulas bawang putih – kisar 2 biji bawang besar – kisar 2 sudu besar asam jawa Sedikit minyak untuk menumis 2 sudu gula 1 sudu garam 1 sudu serbuk perasa 3 helai daun limau purut 2 cawan air rebusan daging
CARA MEMASAK: 1.Rebus daging tetel sehingga empuk. Ketepikan. 2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan kisar bersama cili kisar sehingga pecah minyak. 3. Masukkan asam jawa. Biar mendidih seketika kemudian masukkan daging tetel yang telah direbus tadi bersama air rebusan daging. Sebatikan. 4. Perasakan kuah asam pedas dengan gula, garam dan serbuk perasa dengan secukupnya. 5. Bila kuah asam pedas sudah menggelegak. masukkan daun limau purut. 6. Tutup api sedia dihidang segera.
5. MASAK LEMAK PUTIH PETOLA BERSAMA LABU
BAHAN-BAHAN: 1 biji petola – potong kecil 1/2 biji labu – potong dadu 1 ulas bawang merah – hiris Segenggam udang basah (udang putih) 1 helai daun kunyit 1 batang serai 250ml santan 100ml air
CARA MEMASAK: 1.Satukan hirisan bawang merah, air, udang dan labu di dalam periuk. 2. Didihkan air dan masak seketika hingga labu lembut. 3. Kemudian masukkan petola dan santan. Biar mendidih seketika kemduian masukkan daun kunyit. 4. Setelah sayur lembut, tutup api sedia untuk dihidang.
6. DAGING GORENG HALIA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging -direbus & hiris nipis 1 biji bawang holland 3 biji cili padi – hiris 5cm halia – hiris nipis 2 ulas bawang putih – hiris nipis 2 sudu makan sos tiram 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil serbuk perisa Minyak untuk menggoreng 1 biji lada benggala – hiris
CARA MEMASAK: 1.Goreng daging sehingga separuh masak. 2. Masukkan hirisan halia dan bawang putih. Gaul sebati bersama daging hingga setengah layu. 3. Seterusnya masukkan sos tiram, garam dan juga serbuk perasa dengan secukupnya. Gaul sebati. Jika terlalu kering, boleh tambah sedikit sahaja air. 4. Akhir sekali masukkan hirisan cili padi, lada benggala dan bawang holland. Masak hingga layu. 5. Daging Goreng Halia sedia untuk dihidangkan.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.