Makan

Resipi Pengat Bebola Durian, Rasa Lemak Manis Memang Sedap

Share

Teringin nak makan sajian berkuah dan sedikit manis? Boleh cuba resipi Pengat Bebola Durian perkongsian saudari Shah Shatry ni. Nampak sedap dan cara membuatnya pun sangat mudah. Bagi anda yang sukakan sajian pengat, sesuai sangatlah cuba menu ni. Sekali gigit, terasa enak isi dan bau harum durian. Wow! Memang berbaloi. Jom buat.

CARA MASAK PENGAT BEBOLA DURIAN

BAHAN BEBOLA DURIAN:
  • 2 cawan isi durian (letak banyak lagi sedap)
  • Tepung pulut secukupnya beli online disini
CARA MEMASAK:

1. Masukkan isi durian dan tepung pulut di dalam bekas. Uli adunan sampai dapat doh yang tidak lekat di tangan macam buat Kuih Onde-Onde.

2. Jangan sesekali letak air ya. Lembut @ keras adunan tu bergantung pada isi durian tu.
3. Sukatan tepung pulut tu agak-agak sahaja. Tuang sikit-sikit sampai dapat tekstur doh yang tak lekat di tangan.
4. Bulat-bulatkan doh sebesar bola ping pong. Lakukan hingga habis adunan.

5. Sambil bulatkan adunan tu, boleh didihkan air di dalam periuk. Bila air sudah mendidih, masukkan adunan yang dibulatkan tadi. Rebus sampai bebola timbul di permukaan.

6. Sediakan sebekas air yang berisi dengan ketul ais.
7. Angkat bebola yang timbul dan terus masukkan ke dalam bekas berisi air ais tadi. Ia bertujuan untuk menghentikan proses memasak bebola.

8. Bila bebola sudah sejuk, angkat & sejatkan.

BAHAN KUAH PENGAT DURIAN:
  • Isi durian (anggaran dalam sebiji durian – bertujuan untuk nak dapatkan rasa & bau durian dalam kuah)
  • Santan cair
  • Santan pekat
  • Sagu (direndam sehingga kembang) beli online disini
  • Gula
  • Garam
  • Daun pandan
CARA MEMASAK:

1. Masukkan santan cair di dalam periuk beserta isi durian & daun pandan. Masak sehingga isi durian keluar dari biji.

2. Bila dah mendidih, masukkan sagu yang sudah direndam terlebih dahulu.
3. Bila sagu nampak jernih, terus masukkan santan pekat, gula dan garam.
4. Rasa kuah terlebih dahulu hingga mencapai tahap kemanisan serta lemak yang anda inginkan.
5. Masukkan bebola tepung ke dalam kuah.

6. Bila kuah mendidih, padamkan api dan Pengat Bebola Durian sedia untuk dinikmati.

NOTA: Pengat Bebola Durian sedap dimakan panas-panas dan juga sejuk.

Kredit resipi & foto: Shah Shatry

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Nur