Makan

Resipi Pengat Labu Lemak Manis Bersama Sagu

Share

Jom buat Pengat Labu Lemak Manis guna resipi perkongsian saudari Aisyah Humaira ni. Sangat sedap dan mudah je caranya.
Bak kata empunya resipi, istimewanya pengat ni, jika makin lama dibiarkan, lagi berkrim teksturnya. Memang enak! Malah penggunaan biji sagu menyedapkan lagi rasa. Memang tak puas makan lebih-lebih lagi jika dimakan sejuk. Enaknya! Jom lihat cara-caranya untuk memasak Pengat Labu Lemak Manis ni.

CARA MASAK PENGAT LABU LEMAK MANIS BERSAMA SAGU. SANGAT SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
1 biji labu saiz sederhana – dibuang kulit, biji dan cuci bersih
1 ketul gula melaka atau ikut manis disukai
2 cubit garam
2 kotak kecil santan
4 sudu besar biji sagu beli online disini
2 helai daun pandan – disimpul
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air mengikut banyak kuah yang diingini. Sebaiknya jangan terlalu banyak sangat.
2.Masukkan labu yang telah dipotong, gula melaka dan biji sagu. Masak bahan-bahan ini dengan api sedang hingga labu separuh empuk dan hampir masak.
3. Seterusnya masukkan santan, garam dan daun pandan yang telah disimpul. Kacau sebati.
4. Biarkan labu masak hingga empuk. Siap dan sedia untuk dinikmati. Jom cuba!

Kredit resipi & foto: Aisyah Humaira

 

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur