Resipi Pengat Pisang Nangka Mi Siput. Unik Tapi Sedap.

Share

Pengat Pisang memang dah biasa tapi pernahkah anda cuba Pengat Pisang bersama Mi Siput. Jika tidak, anda memang harus cuba sebab pengat ni memang sangat sedap! Sangat berbaloi untuk dicuba.

 

CARA MASAK PENGAT PISANG NANGKA MI SIPUT

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji pisang nangka | bentuk bunga
  • 1 keping mi siput
  • 100gm gula pasir atau secukup rasa
  • 50gm gula merah/melaka
  • 250gm santan
  • 650gm air
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan air. Rebus mi siput sehingga agak kembang, kemudian masukkan pisang.
  2. Biar ia mereneh sebentar kemudian masukkan gula, gula merah/Melaka, garam dan daun pandan.  Kacau sebentar. Masukkan santan pekat.
  3. Apabila kuah pengat telah menggelegak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.
Published by
Nur