Buat mereka yang inginkan kelainan untuk bubur nasi, boleh cuba resipi lengkap bubur nasi berlauk ini.
Resipi yang dikongsikan daripada Ben Safwan ini, memang popular dalam kalangan mereka yang gemarkan menu simple tapi mengenyangkan.
Jom kita cuba resipi yang mudah dan sedap ini!
AYAM HALIA
BAHAN-BAHAN:
300-350gm isi ayam | dipotong kecil ½ senduk minyak – beli online di sini 1 ulas bawang putih | ketuk 1 senduk hirisan halia tua (potong dulu baru sukat) 1 senduk hirisan bawang besar holland (potong dulu baru sukat) ½ senduk sos plum 1/3 senduk kicap masin cair 1/3 senduk sos ikan Secubit gula Cili (untuk hiasan)
CARA MEMASAK:
1. Isi ayam dipotong kecil. Toskan dan masukkan sekali dengan kulit ke dalam kuali. Api sederhana. Biarkan air ayam keluar, tuang keluar air tu dan baru letak minyak ½ senduk. Goreng sekadar setengah masak. Keluarkan.
2. Boleh tengok pada gambar jenis senduk yang saya guna. 3. Tumis (guna minyak yang sama) 1 ulas bawang putih ketuk,1 senduk hirisan halia tua (potong dulu baru sukat ),1 senduk hirisan bawang besar Holland. Biarkan layu bawang besar.
4. Tambah masuk ½ senduk sos plum, 1/3 senduk kicap masin cair,1/3 senduk sos ikan dan secubit gula. Masukkan semula ayam. 5. Besarkan api hingga ayam mulai masak, sos mulai memekat. Tutup api. Taburkan cili. 6. Saya buatkan nak rasa herbal dan masin sedikit, sebab bubur nasi plain (kosong). Jadi sesuai sangat.
SOTONG MINYAK CILI
BAHAN-BAHAN:
250-300gm sotong kecil ½ senduk minyak cili 2 ulas bawang putih | ketuk 1 ½ senduk minyak cili premium Ben (produk sendiri) 2/3 senduk sos cili Batang saderi (optional) | untuk hiasan
Ads
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan buang isi perut dan dakwat hitam 250-300gm sotong kecil. Lepas tu masukkan dalam kuali tanpa minyak. Api sederhana. Biarkan air sotong keluar dulu. Buang air dan keluarkan sementara sotong.
2. Tuang ½ senduk minyak cili dan tumis 2 ulas bawang putih kecil diketuk sampai baik bau. Baru tambah masuk 1 ½ senduk minyak cili premium Ben, 2/3 senduk sos cili. Tak perlukan perasa sebab minyak cili dah cukup. Kacau seketika.
3. Baru masukkan sotong dan besarkan api. Biarkan sotong mulai masak dan kuah mulai memekat. 4. Angkat dan sebagai hiasan, taburkan batang saderi (optional). 5. Saya buatkan nak rasa pedas sedap untuk makan dengan bubur nasi.
KANGKUNG GORENG BELACAN
BAHAN-BAHAN:
2 biji bawang merah saiz 50 sen lama 1 ulas bawang putih sederhana 2/3 sudu makan belacan ½ senduk minyak 2/3 senduk sos tiram ¼ senduk sos ikan Secubit gula ½ senduk hirisan bawang besar ½ senduk hirisan kangkung
Ads
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk 2 bawang merah saiz 50 sen lama,1 ulas bawang putih sederhana dan 2/3 sudu makan belacan. Tumbuk lagi sedap dari kisar. 2. Tumis bahan tumbuk dengan ½ senduk minyak. Bila dah layu bawang, tambah 2/3 senduk sos tiram, 1/4 senduk sos ikan dan secubit gula untuk harmonikan rasa.
3. Masukkan sekali ½ senduk hirisan bawang besar dan batang kangkung. Masak sampai batang kangkung layu. 4. Tambah baki 1 ikat kankung yang telah dipotong. Angkat bila warna kangkung menjadi hijau terang. Tanda dah masak. Terus angkat. 5. Kalau dibiar lama tak sedap nanti terlalu layu. Menu ni saya buat supaya beraroma bila makan dengan bubur nasi.
BUBUR NASI
BAHAN-BAHAN:
250gm beras bubur nasi Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Untuk bubur nasi ni senang je. Saya guna lebih kurang 250gm beras bubur nasi dan tambah air sehingga paras jari paling atas. Air kena banyak. 2. Didihkan dan ulang tambah air 2 kali lagi sehingga mulai nampak rupa bubur. Api sederhana hingga dia mulai mendidih dan seterusnya api kecil. 3. Jangan biarkan bubur kering ya. Biarkan bubur ada air seperti ini. 4. Bubur nasi ni saya buat kosong sebab kekuatan menu lain sudah cukup. Beras cap ni tak wangi. Kalau anda nak jenis yang wangi, guna beras nasi air thai cap naga hijau. 5. Kalau nak makan dengan menu atas ni,nak tambah 1-2 titik minyak bijan dalam mangkuk bubur pun sedap. Ada penggemar dia.
Ads
TELUR MASIN
Telur masin macam biasa, saya bersihkan dan letak terus dalam air. Buka api sederhana hingga mulai mendidih dan baru saya kira 8-10 minit dari tempoh mendidih tu sebelum tutup api.
BILIS KERING
BAHAN-BAHAN:
1 genggam ikan bilis 1/3 senduk minyak Emping cili/chili flakes Secubit gula
CARA MEMASAK:
1. Bilis kering ni senang je. Goreng 1 genggam ikan bilis sampai garing. Toskan. 2. Letak sedikit minyak dalam 1/3 senduk minyak,masukkan emping cili / chili flakes kasar bercampur halus bersama dengan secubit gula. 3. Masak hingga mulai kering lepas tu tutup api. 4. Lap dulu dasar kuali dengan tisu untuk kurangkan minyak. Dah sejuk sikit baru masukkan ikan bilis dan gaul sebati. 5. Baru bilis kekal rangus dan tak lembik. Kalau nak buat bilis goreng sahaja pun dah cukup sedap.
Tercari-cari resipi MiGoreng Basah yang sedap dan mudah? Resipi perkongsian saudari Ieda Roslida ni antara yang terbaik boleh dicuba. Bahan-bahan yang digunakan juga tidak terlalu sukar untuk diperolehi. Menurut empunya resipi, para peminat mi goreng basah pasti menyukai rasa hidangan ini kerana ia seakan rasa berkuah tapi tidak terlalu cair. Tengok je pun dah nampak sedap. Jom cuba.
RESIPI MI GORENG BASAH SEDAP & MUDAH MASAK
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus mi kuning – dibilas dan tos
10 ekor sotong – dibersihkan, potong dan tos
1 paket Fish ball – dibersihkan potong dan tos
1 ikat sayur sawi jepun – dibersihkan, potong dan tos
Biasanya bila dihidangkan dengan menu kerabu, jadi berselera nak makan. Pasti bertambah nanti. Buat penggemar kerabu kena cuba buatnya, bahan-bahan yang digunakan sangat simple. Resipi yang dikongsikan oleh Rohana Benjamin membuka selera sesiapa saja.
Kerabu Telur Masin
Bahan-bahan:
2 biji telur masin ( rebus) 1 genggam ikan bilis ( goreng) 8 tangkai cili padi ( hiris) ½ biji bawang besar( hiris) 2 biji bawang merah ( hiris) 4 biji limau kasturi ( ambil jus)
Cara membuat:
1.Kupas telur masin, kemudian hiris atau potong.
2.Sediakan bekas untuk meletakkan semua bahan. 3. Gaul sebati. Siap untuk dihidang.
Pau cendawan memang tak jemu dimakan. Selain rupanya menyerupai cendawan, dek sapuan coklat di atasnya intinya juga menyebabkan ia enak dimakan. Lagi pulak makan panas-panas.
Ni resipi pau cendawan yang gerenti laku keras oleh Tahrunnisah Jali.
PAU CENDAWAN LAKU KERAS BAHAN-BAHAN :
Bahan buat pau :
Bahan A :
350gm tepung pau
1 1/2 sudu besar shortening (shortening menjadikan pau putih)
2 sudu kecil double acting baking powder (sesuai tuk pau)
sedikit garam
1/2 sudu kecil bread softner (kalau takde takpe) kalau ada pau kita jadi lembut gebu je
1 sudu besar susu pekat
Bahan B
2 sudu kecil yis
3/4-1 cawan air suam
1 sudu besar gula
CARA MEMASAK : Cara masak pau : 1. Bahan B dicampur bersama dan letak dlm satu cawan/bekas besar dan tutup permukaannya dan biarkan selama 5 mnt
2. Gaul Bahan A kecuali shortening digaul sebati terlebih dahulu dan masukkan shortening gaul sebati (seperti breadcrumb) baru tuang air yis sedikit demi sedikit . Uli sehingga tak melekat ditangan dan lembut .
3. Uli jangan terlalu lama ye..uli hingga adunan sebati je
4. Perap doh selama 15 mnt suhu suam2 je (perap doh pau ni mesti kene tutup kira takde angin boleh masuk..tak kisah nak perap dlm plastik ke atau tupperware atau tutup ngan kain lembap
5. Bulat2 kan doh (dlm 25-30gm) kemudian leper kan ia dan masukkan inti dan tutup balik. dan bulat2 semula hingga permukaan tu licin dan alas atas plastik yg dipotong kecil.
6. Letak terus atas bekas kukusan tu tp jangan kukus lagi tau..saya terus letak atas bekas tu supaya hasil pau cantik bulat je. tak payah nak pindah2 bagai. buat sekali dengan tangkai cendawan sekali ..ambil sikit buat bentuk silinder.
6. Dah siap utk satu loyang kukusan terus sapu permukaan pau dgn berus. jgn nipis dan jangan terlalu tebal…
.
7. Perap adunan semula (tutup permukaan loyang) selama 20-25 sehingga pau merekah .saya taruh kat luar rumah
8. Sebelum tu kita harus panaskan dulu periuk kukusan kita . kukus pau selama 12 mnt dah siap buka penutup sikit je untuk keluarkan wap dulu kemudian baru keluarkan loyang kukusan yang ada pau tu.
9. Buat lubang tengah2 celup stem (batang) pada adunan koko tadi dan masukkan dlm lubang …buat sampai habis dan kukus balik selama 3 minit
10. Sendeng pau mcm dalam gambar masa nak kukus balik tu …Siap!
Bahan Inti Mushroom Cheese:
2 biji bawang besar potong dadu
3 ulas bawang putih potong dadu
3 sudu besar minyak masak
2 keping dada ayam potong dadu
10 biji cendawan shitae yang dikembangkan dulu bagi lembut dgn air panas kemudian potong kecil2
garam
lada besar potong dadu
1 sb serbuk pati ayam
Bahan sos putih”
1 sudu besar mentega
1 sudu besar gandum
1 cawan susu segar
3 keping cheddar cheese
Cara masak inti mushroom cheese : 1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai wangi dan masukkan dada ayam dan cendawan shitae serta serbuk pati ayam. biarkan sampai air nya kering ..perisakan dgn garam sedikit dan masukkan lada besar . tutup api, ketepikan.
Cara masak sos putih: 1. Panaskan mentega dan masukkan gandum kacau sekejap 2. Masukkan susu segar dan kacau lagi kemudian baru masukkan cheese. 3. Dah agak likat sos putih tu kita masukkan dlm adunan mushroom tadi kacau sekata masak shingga ia agak2 kering sedikit. biarkan ia sejuk baru boleh masukkan dlm doh.
* Sapuan koko Tahrunnisah ambil dari resipi kak Ida Osman
Bahan topping/sapuan koko :
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar serbuk koko
5-6 sudu besar air
*kacau sebati adunan ni dan guna berus tuk sapu pada permukaan cendawan nanti. *Adunan coklat utk disapu atas permukaan pau nanti. jangan cair dan jgn terlalu pekat adunan coklat utk disapu atas permukaan pau nanti. jangan cair dan jgn terlalu pekat
.
*tip nak bagi pau licin 1. Lepas masuk inti uli sehingga dapat permukaan yang licin 2. Tutup periuk kukusan dengan kain yang serap air 3. Masa pau dah masak bukak sikit je dulu penutup kukusan supaya wap nya keluar dulu ..baru boleh angkat loyang kukusan tu..(periuk kukusan saya ada 3 bahagian satu bahagian air, satu lagi bahagian letak pau dan last skali penutup)
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!