Pedas, enak berperisa. Sekali cuba pasti nak makan lagi. Ha…jangan tak tahu. Kalau anda biasa makan otak-otak, sata dan sebagainya, kali ni kena cuba Pepes Ayam ni.

PEPES AYAM KUKUS

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm isi ayam |potong kecil
  • 2 biji limau nipis |ambil air
  • 10 batang pucuk daun kemangi |racik
  • 2 ulas cili merah |racik
  • 1 biji tomato |potong dadu
  • 4 batang daun salam |hiris
  • ½ sudu teh gula pasir
  • Minyak masak  secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Daun pisang secukupnya |sapu minyak dan layurkan sedikit
  • Lidi secukupnya

BAHAN UNTUK PES (KISAR):

  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 batang cili merah
  • 2cm kunyit
  • 5 tangkai cili kering


CARA MEMASAK:

Ads
  1.  Gaulkan isi ayam dengan air limau nipis, perap seketika, cuci dan toskan.
  2. Campurkan isi ayam dengan bahan hirisan iaitu tomato, daun pucuk kemangi, daun salam, dan cili merah. Gaul sebati.
  3. Masukkan pula bahan yang telah dikisar dan kemudian garam dan gula secukup rasa. Gaul rata untuk dijadikan pes.
  4. Bungkus isian pepes di dalam daun pisang dan kemaskan di kedua-dua hujung dengan lidi.
  5. Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 30 minit.

INFO CHEF: Pepes ayam, cara membuat dan  rasanya lebih kurang dengan otak-otak.

 

Ads

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI