Pedas, enak berperisa. Sekali cuba pasti nak makan lagi. Ha…jangan tak tahu. Kalau anda biasa makan otak-otak, sata dan sebagainya, kali ni kena cuba Pepes Ayam ni.
PEPES AYAM KUKUS
BAHAN-BAHAN:
- 500gm isi ayam |potong kecil
- 2 biji limau nipis |ambil air
- 10 batang pucuk daun kemangi |racik
- 2 ulas cili merah |racik
- 1 biji tomato |potong dadu
- 4 batang daun salam |hiris
- ½ sudu teh gula pasir
- Minyak masak secukupnya
- Garam secukup rasa
- Daun pisang secukupnya |sapu minyak dan layurkan sedikit
- Lidi secukupnya
BAHAN UNTUK PES (KISAR):
- 4 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3 batang cili merah
- 2cm kunyit
- 5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
- Gaulkan isi ayam dengan air limau nipis, perap seketika, cuci dan toskan.
- Campurkan isi ayam dengan bahan hirisan iaitu tomato, daun pucuk kemangi, daun salam, dan cili merah. Gaul sebati.
- Masukkan pula bahan yang telah dikisar dan kemudian garam dan gula secukup rasa. Gaul rata untuk dijadikan pes.
- Bungkus isian pepes di dalam daun pisang dan kemaskan di kedua-dua hujung dengan lidi.
- Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 30 minit.
INFO CHEF: Pepes ayam, cara membuat dan rasanya lebih kurang dengan otak-otak.