Sedapnya Pepes Ikan. Kalau makan panas-panas memang nikmat. Sesuai dijadikan sajian minum petang atau sajian makan malam bagi anda yang tak suka menu berat. Pepes ni kalau beli, harganya boleh tahan. Jadi jom belajar buat sendiri guna resipi perkongsian dari saudari Azizah Haji Mohd Asah. Tak guna banyak bahan pun. Selamat mencuba!
CARA MASAK PEPES IKAN SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 kg ikan kembung @ ikan selayang – asingkan isi dan tulang.
500gm tepung ubi
1 kiub ayam
1 kotak santan kara
Secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa
Daun pisang untuk membungkus
BAHAN KISAR:
4 batang serai
5-6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
Segenggam cili kering
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan-bahan kisar hingga lumat.
Ads
2. Tuang ke dalam kuali dan masukkan sedikit minyak, kiub ayam, cukup rasa, garam, gula dan santan.
3. Kacau rata dan masak semua bahan hingga pekat. Sejukkan sambal.
4. Ambil isi ikan yang dikisar dan gaulkan dengan tepung ubi.
5. Setelah sambal sejuk, campurkan dengan ikan kisar tadi. Gaul hingga isi ikan dan sambal sebati. Pepes ikan ni perlu rasa pedas-pedas manis, lebih kurang macam rasa otak-otak.
6. Letakkan 1 sudu teh adunan pepes atas daun pisang dan bungkus macam membuat kuih koci.
7. Kemudian kukus selama 20 minit. Selain kukus, Pepes Ikan ini juga boleh dibakar.
Bila sebut tentang makan buah mangga yang dicicah dengan serbuk colek, memang boleh kecur air liur. Lebih-lebih lagi makan di laman bersama keluarga, memang asyik!
Jom kita buat sendiri serbuk colek mangga ala Thai guna bahan yang mudah di rumah, dengan menggunakan cara yang dikongsi Nur Masri.
Masak Lemak Ikan Masin ni memang antara hidangan kegemaran rakyat Malaysia. Lauk ringkas dan biasa-biasa je tapi rasa dia memang luar biasa. Terasa nak masak menu ni hari ni? Jom cuba resipi ni. Memang terbaik! Rasa macam air tangan mak-mak kita dulu-dulu.
MASAK LEMAK IKAN MASIN KURAU DENGAN NANAS
BAHAN-BAHAN:
500gm tulang ikan masin kurau | rendam
1/4 biji nanas | kupas dan hiris nipis
300 ml santan
1 keping asam gelugor
1 batang serai | titik
1 helai daun kunyit | carik dan simpul
600ml air
Perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah
1/2 inci halia
3cm kunyit hidup
10 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Rebus nanas dengan air hingga mendidih. Angkat dan toskan.
Bersihkan tulang ikan masin yang telah direndam, masukkan dalam periuk.
Seterusnya masukkan bahan kisar, daun kunyit, asam gelugor dan serai titik.
Tambahkan santan dan didik atas api sederhana. (Sentiasa kacau untuk elak santan pecah).
Setelah mendidih masukkan nanas yang telah direbus tadi.
Kecilkan api dan perasakan dengan serbuk perasa. Jika kurang masin tambahkan sedikit garam .
Setelah masak, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF:Tulang ikan masin boleh juga digoreng dahulu supaya lebih enak dan tak terlalu hancur apabila diletak dalam kuah.
Sata adalah antara ‘street food’ popular di kalangan orang Pantai Timur. Dihasilkan dari campuran isi ikan, kelapa dan beberapa bahan lain, ia dibungkus menggunakan daun pisang dan dibakar hingga masak. Rasa lemak isi ikan dan kelapa, sedikit pedas dan wangi daun pisang, menjadikan sajian ini sangat enak sekali. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri Sata ni, saudari Sharifah Norfairuz ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.
CARA MASAK SATA SEDAP SECARA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
15 ekor ikan sardin/ selayang – buang tuang
8 biji bawang merah kecil India
5 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 ½ inci halia
½ biji kelapa parut putih
Cili padi secukupnya – hiris
2 biji bawang merah besar – hiris
5-7 sudu gula – boleh ubah suai ikut selera masing-masing
2-3 sudu garam – boleh ubah suai ikut cita rasa
Daun pisang secukupnya – dibersihkan
Lidi atau buluh kebab secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan isi ikan, bawang merah India, bawang putih, buah keras dan halia. Kisar hingga hancur dan sebati. Tuang bahan kisar ke dalam besen. 2. Masukkan kelapa parut, hirisan cili padi, bawang merah. Gaul hingga sebati. 3. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa. Sebatikan. 4. Ambil daun pisang dan jadikan bentuk kon. Isi adunan tadi dan cucuk pada lidi atau buluh kebab. Jika nak bungkus ala Otak-Otak pun boleh.
5. Bakar Sata guna api perlahan selama 2-3 minit sambil dibalik-balikkan supaya tidak rentung.
Berita gembira buat semua pencinta makanan! Jabatan Warisan Negara secara rasmi telah mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek...