Makan

Resipi Pepperoni Cheesy Pizza Yang Lembut & Sedap

Share

Resipi Pepperoni Cheesy Pizza ni nampak mudah dan sangat sedap. Toppingnya pun ringkas saja. Ada kepingan pepperoni dan lelehan keju yang sempurna. Anak-anak memang suka pizza simple begini. Nak lagi best, guna keju Perfect Italiano Mozzarella dan Perfect Italiano Perfect Pizza. Si kecil anda pasti makan tak henti. Lebih enak dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry

.

 

PEPPERONI CHEESY PIZZA

Bahan-bahan:

  • 4 keping roti wholemeal
  • 4 sudu besar puri tomato
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar mixed herbs
  • 100gm pepperoni
  • 80gm Perfect Italiano Perfect Pizza
  • 80gm Perfect Italiano Mozzarella

 

Cara Memasak:

  1. Gaulkan puri tomato, sos tomato dan dry herb di dalam mangkuk. Perasakan untuk menyedapkan lagi rasa.
  2. Sapukan sos pada roti, taburkan keju Perfect Italiano Mozzarella
    dan keju Perfect Italiano Perfect Pizza lalu letakkan pepperoni di atasnya.
  3. Bakar dalam air fryer pada suhu 160°C selama 10 minit atau sehingga keju perang.
  4. Hidangkan bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry.

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

 

 

 

Published by
Naqiyatul Uzma