Sos perapan BBQ dan Daging serta Ayam Bakar homemade yang sangat mudah dan sedap. Sos perapan BBQ sangat sesuai digunakan untuk membuat kambing perap yang enak. Kambing, daging dan ayam perap ni kalau beli yang sudah ‘readymade’ memang agak mahal. Tak puas makan. Kalau nak nikmati untuk satu keluarga, lebih baik anda perap sendiri guna resipi perkongsian saudari Rosmaliza Omar ni. Sangat simple dan tak guna banyak bahan. Sangat berbaloi untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMBUAT PERAPAN BBQ, DAGING & AYAM BAKAR HOMEMADE
CARA MEMASAK: 1. Bawang merah, bawang putih, halia dan serai dikisar hingga lumat. 2. Masukkan bahan kisar ke dalam bekas besar dan campurkan dengan serbuk jintan manis dan serbuk ketumbar. 3. Masukkan juga pes asam jawa, garam, ajinomoto dan gula melaka yang telah diracik halus serta sedikit pewarna. 4. Gaul semua bahan rata-rata hingga gula hancur. Perap bersama-sama ayam atau daging yang telah dipotong kecil-kecil selama 3-4 jam atau semalaman. 5. Bakar atas dapur arang atau pemangang ajaib. Renjiskan minyak yang bercampur serai yang diketuk semasa membakar. 6. Untuk menyimpannya, boleh letak sos perapan dalam botol bersesuaian dan simpan dalam peti sejuk.
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan daging kambing, ayam atau daging. Tos dan ketepikan. 2. Dalam bekas besar, gaulkan bahan-bahan kisar dengan kesemua jenis sos. Sebatikan. 3. Masukkan gula, minyak masak, lada hitam tumbuk, rosemary, serbuk cili dan pewarna oren. Gaul lagi hingga betul-betul rata dan sebati.
4. Masukkan kambing/daging/ ayam yang telah dicuci bersih dan ditoskan ke dalam bahan perapan tadi. Gaul rata.
5. Perap daging selama 2 jam. Jika mahu lebih sedap, perap semalaman.
Bila musim hujan, menu apa yang sedap untuk dinikmati? Sudah tentu maggi kari. Kalau buat maggi kari begitu tidaklah enak jika dibandingkan jika ia ditumis. Rasanya sedap ya ampun.Layan pula depan televisyen sambil tengok movie, memang licin sepinggan.
MAGGI KARI
Bahan-bahan: Maggi kari Bawang putih Bawang Holland Cili padi Udang Perencah maggi Air limau 1 biji telur
Cara memasak:
1.Tumiskan bawang putih, bawang Holland dan cili padi.
2.Masukkan udang atau apa-apa rencah pilihan.
3.Masukkan sambal. Korang guna je mana-mana sambal tumis yang korang ada. Sambal ayam penyet ke, sambal nyet, sambal berlada pun boleh.
4
4.Gaul hingga sekata.
5.Masukkan air, kemudian masukkan perencah maggi kari.
6.Sedikit air limau.
7.Masukkan maggi dan sayur pilihan. Besarkan api.
8.Sebelum maggi lembut, perlahan api, pecahkan sebiji telur. Kemudian kuat kan api semula.Nak biarkan telur seketul tu pun boleh, nak kacau-kacau pun boleh.
Hari ini kita nak belajar buat keropok nasi. Keropok nasi ni enak sebagai kudapan anak-anak. Nasi yang tak habis tu bolehlah dibuat keropok. Layan dengan nasi goreng, mi goreng dan sewaktu dengannya pun sedap. Nak kunyah begitu sahaja pun ok, terpulang pada korang. Jom kita belajar buatnya.
KEROPOK NASI Bahan-bahan: 2 cawan nasi-direndam selama 1jam 3 cawan tepung ubi-BELI ONLINE DI SINI Sedikit garam 1 sudu sedap rasa(nak letak boleh tak nak letak pun boleh) 1 ulas bawang putih
Cara membuat: 1.Kisar nasi yang direndam tadi dengan sedikit garam, sedap rasa dan bawang putih, kisar sampai halus. 2.Tuang dalam bekas dan masukkan tepung ubi,sebatikan sampai betul-betul tak melekat di tangan, kalau bancuhan masih lekat tambah je tepung ubi, tak payah takut walaupun tepung tu letak banyak keropok anda pasti menjadi.
3.Bila dah tak melekat bahagikan beberapa doh nak letak warna, terpulang nak warna apa pun, tak nak warna pun boleh sama je rasa. 4.Bulat-bulatkan jadi doh memanjang, jangan besar sangat dan jangan kecil sangat. Asal boleh nak dihiris nanti. 5.Bila dah siap buat gentel, panaskan air bila dah menggelegak letak 1 sudu minyak masak, untuk rebuskan doh tadi, bila doh dah terapung bermakna doh tu dah masak.angkat dan toskan. 6.Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais semalaman, kalau buat malam, pagi tu dah boleh keluarkan dan terus dihiris jangan nipis sangat dan jangan tebal sangat.
7.Kemudian jemur di bawah matahari yang terik. Sudah kering bolehlah digoreng dan dimakan bersama keluarga. Kredit: Qaseh E’zura Ramli
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.