Bagi penggemar menu sotong bakar, resipi yang dikongsi dari saudari NurFazira Hanim Razmi ni antara yang terbaik untuk dicuba. Ringkas dan tidak menggunakan banyak bahan menjadikan resipi ini begitu menarik sekali. Dinikmati pula bersama Sos Thai stail ala Danok, menjadikannya antara hidangan yang wajib anda cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT PERAPAN SOTONG BAKAR PALING MUDAH
& SOS THAI STAIL DANOK SEDAP
BAHAN PERAPAN SOTONG: Sotong secukupnya Serbuk kunyit Sedikit garam Serbuk secukup rasa
CARA-CARA: 1.Bersihkan sotong dan lumurkan dengan bahan-bahan perapan yang lain. 2. Boleh sumbat kepala sotong dalam badan dengan kemas kemudian cucuk dengan lidi. 3. Untuk membakar sotong, susun dalam pemanggang namun jangan tutup. Masak hingga sotong mengeluarkan airnya. 4. Angkat seketika sotong dan biarkan air dalam pemanggang kering seketika. 5. Masukkan kembali sotong tadi dan tunggu hingga masak. 6. Tidak perlu bakar sotong terlalu lama kerana nanti akan menjadi liat. 7. Angkat dan hidangkan bersama sos Thai ala stail Danok.
CARA MEMASAK SOS: 1. Racik halus nise @ gula melaka. Kemudian larutkan dalam air panas. 2. Cincang halus cili padi dan bawang putih. Masukkan ke dalam bekas larutan nise tadi. 3. Kemudian masukkan sos ikan, perahan jus limau nipis, sedikit gula, sos cili dan juga sos tiram untuk memekatkan sos. Kacau sebati. 4. Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar @ daun sup, emping cili dan bawang merah yang dimayang halus. 5. Sebatikan dan rasa. Tambah mana perasa yang tidak cukup mengikut cita rasa anda. 6. Hidangkan bersama sotong bakar tadi.
Pagi tadi bangun tiba-tiba rasa nak buat tau sar peah atau kuih tambun. Resipi ni saya amik kat web iluminasi. Cuma saya kurangkan adunan itu kepada separuh. Tak larat nak buat kalau guna sukatan asal. Sukatan ni boleh hasilkan tau sar peah sebanyak 10 biji. Cukuplah untuk minum petang.
Doh Air Bahan-bahan: 120g tepung gandum (ayak) 1 sudu (jangan penuh) gula – saya guna gula kastor 35g lemak sayur / shortening 60ml air (tak perlu air suam)
Cara membuat: 1.Campurkan semua bahan dan sebatikan. Bila dah sebati, bulatkan adunan kepada 5 bahagian.
Doh minyak Bahan-bahan: 90g tepung gandum (ayak) 60g lemak sayur / shortening Sedikit garam
Langkah 1 Campurkan semua bahan dan sebatikan. Bulatkan adunan dan bahagikan kepada 5 bahagian. Inti: saya guna inti yang dah siap. Beli kat Bake with Yen. Bulatkan inti dalam 10 biji dan setiap satu berat lebih kurang 20g.
Penyediaan doh
Langkah 2, 3 & 4 Leperkan doh air dan masukkan doh minyak. Bulatkan doh tersebut kemudian dileperkan.
Langkah 5 Selepas dileperkan, kemudian digulung seperti swiss roll dan leperkan sekali lagi. Ulang proses tersebut untuk 4 kali. Lakukan perkara yang sama ke atas bahagian yang lain sehingga selesai. * Ni yang bahagian yang tak larat kalau sorang je buat.
Langkah 6 Ambil bahagian yang telah digulung dan potong dua.
Langkah 7 dan 8 Bulatkan kemudian dileperkan. Setelah dileperkan, masukkan inti dan bulatkan semula.
Langkah 9 Selepas itu, leperkan adunan tersebut. Ulang proses tersebut kepada bahagian yang lain.
Langkah 10 Setelah selesai, griskan dulang pembakar dan letak adunan yang telah dileperkan, untuk sedia dibakar. Langkah 11 Tekan adunan tersebut dengan garfu dan sapukan dengan kuning telur. Taburkan bijan (jika ada). Bakar kuih tersebut selama 20-30 min, suhu 200c. Okay, selamat mencuba.
Anda pasti pernah merasa keenakkan ayam berlado serai. Bau aroma serai memang buat ia tidak jemu makan. Kalau nak lagi sedap masakan ni Yatiekitchen kongsi tipnya di mana serai sebaiknya dikisar kasar. Ada orang ketuk, sebab tak makan serai tapi cuba kisar dengan bawang serta cili, kemudian ditumis. Wangi serai tu memang menyedapkan lagi masakan. Selain itu nak buat masakan berlado ni jangan letak air, untuk elakkan cili menjadi lebam. Silalah cuba petua, gerenti sedap masakan anda.
Bahan masak: 1 sudu besar sos tiram-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu besar sos ikan-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu besar Mushroom seasoning-BELI ONLINE DI SINI 5 lembar daun limau purut Daun ketumbar
Cara memasak: 1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga garing. Ketepikan. 2.Masukkan bahan kisar. Jangan letak air ketika kisar. Gaul sebati dan masak hingga naik bau. 3.Masukkan sos tiram dan sos ikan. 4. Masukkan mushroom seasoning dan gaul sebati. 5. Agak kuah memekat, letakkan ayam yang sudah digoreng tadi dan gaul. 6.Bagi menambah aroma letakkan daun limau purut serta daun ketumbar. Kredit: Yatiekitchen
Jom masak Nasi Briyani udang sedap ni untuk keluarga. Sesekali masak hidangan istimewa macam ni, memang puas hati. Sangat enak lebih-lebih lagi kalau suami dan anak-anak makan dengan penuh berselera.
Terasa nak cuba masak Nasi BriyaniUdang di hari ni? Resipi perkongsian di FB oleh Eaim Lyna ni antara yang paling mudah dan ringkas yang boleh puan-puan cuba. Nampak sedap dan macam yang jual dekat restoran kan?
Oh ya, Deepavali pun bakal menjelang tiba. Sesuai sangat masak menu ni sempena perayaan Pesta Cahaya nanti. Jom cuba! Sanak saudara dan tetamu yang berkunjung pasti teruja nak rasa.
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk. Kemudian tumis rempah 4 sekawan bersama bahan-bahan hiris hingga kekuningan. 2. Masukkan rempah briyani yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga pecah minyak.
3. Seterusnya masukkan semua bahan-bahan lain termasuk udang ( kecuali pewarna kuning telur & garam). Bila udang hampir masak, masukkan garam secukup rasa.
4. Masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk nasi. Bila nasi dah masak, baru titiskan pewarna secukupnya. Biar seketika dan jangan gaul terlebih dahulu.
5. Siap untuk dinikmati. Boleh dimakan bersama sambal tumis, telur rebus ataupun kari.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.