Sedapnya Botok-Botok Johor. Kombinasi ikan, ulam dan pes yang enak menjadikan sajian ini digemari ramai. Ada yang nak cuba masak Botok-Botok yang sedap? Saudari Dee Hakim ada kongsikan cara-cara menghasilkan pes Botok-Botok Johor homemade yang sangat sedap. Sukatan ini boleh dapat dalam 5-6 bungkus Botok-Botok. Jika mahu buat dalam jumlah yang banyak, gandakan sahaja bahannya. Selamat mencuba!
CARA BUAT PES BOTOK-BOTOK JOHOR
BAHAN PES BOTOK-BOTOK: Rempah kari ikan Kerisik Santan Asam Jawa
ULAM-ULAMAN (basuh bersih & gunting kecil): Pucuk ubi Pucuk bebuas Daun selasih Daun cekur Pucuk mengkudu Daun kunyit Daun kaduk Pucuk betik (tiada syarat daun tertentu. Boleh guna apa sahaja daun ulam yang disukai)
BAHAN UTAMA: Ikan tenggiri, ikan kembung, ikan pari, ikan tongkol, udang (ikut keseusian dan cita rasa masing-masing)
BAHAN MEMBUNGKUS: Daun pisang atau aluminium foil secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak. 2. Bila sudah garing, masukkan serbuk kari ikan. Tumis lagi. 3. Kemudian masukkan kerisik dan air asam jawa dengan secukupnya (kena sedikit masam). Tumis lagi macam biasa. 4. Akhir sekali masukkan santan, garam, gula merah dan bahan perasa. Siap!
5. Untuk membungkus, bentang daun pisang dan susun ulam-ulaman.
6. Kemudian letak pes atas daun. Ratakan sedikit kemudian letak ikan atau udang.
Ads
7. Tutup ikan dengan pes dan susun ulam-ulaman sekali lagi.
8. Cara bungkus seperti dalam gambar. Boleh guna lidi untuk ikat supaya tidak terbuka.
9. Kukus Botok-Botok selama 30 miniat atau hingga masak. 10. Angkat dan nikmati segera semasa masih panas.
Daun ketumbar merupakan salah satu tanaman yang berbau harum atau sebagai penyedap yang dapat dimanfaatkan dalam menambah cita rasa masakan. Selain dapat menjadi alternatif menu penyedap masakan, ternyata daun tanaman beraroma ini juga dapat dijadikan salah satu herbal tradisional yang menyihatkan.
Lebihan daun ketumbar yang nak layu jangan dibuang, idea masakan ini di kongsikan oleh Hanaeza Aez yeng menggunakan daun ketumbar sebagai bahan utama dalam resipi ayam masak hijau ni. Cubalah!
Suka makan Apam Tokyo? Resipi perkongsian saudari Ain Afiqah Rafar ni antara yang boleh dicuba. Nanti bolehlah buat sendiri secara homemade. Lagipun tak semua pasar malam ada jual kuih sedap ni kan. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Sekali cuba pasti puas hati.
RESIPI APAM TOKYO HOMEMADE
BAHAN KULIT:
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 biji telur
1/4 cawan gula
1/2cwn susu segar
1/2 cawan air
1 sudu makan majerin cair
Secubit garam
CARA MEMASAK: 1. Pukul telur dengan gula sehingga kembang. 2. Dalam bekas lain, satukan bahan-bahan kering seperti tepung. Ayak. 3. Kemudian masukkan susu dan air. Kacau sebati dan barulah masukkan telur yang dipukul kembang tadi. 4. Sebatikan dan akhir sekali tuang majerin cair dan garam. Kacau sebati. 5. Tuang sedikit adunan dalam kuali tahan lekat. Bila kulit kelihatan masak, sudukan inti. Lipat dan angkat.
6. Sedia untuk dinikmati.
BAHAN INTI KASTARD: 1/2 cawan gula – boleh kurang jika tak suka manis 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu makan tepung kastard 1/2 cawan air pati pandan pekat – boleh guna pes pandan yang dicampur air 1 cawan santan Secubit garam
CARA MEMASAK: 1. Masak semua bahan dia atas sehingga pekat dan likat. Sentiasa kacau untuk elak inti kastard hangit. Padamkan api. 2. Pastikan inti kastard tadi disejukkan dan pekat likat. Seelokknya buat inti lebih awal sebelum buat kulit.
TIP MEMASAK: 1. Pastikan inti kastard betul-betul pekat. 2. Letak inti semasa kulit masih di dalam kuali supaya bila dikepit, ia akan melekat. Jika kulit sejuk, kulit tidak akan melekat sempurna.
Walaupun dikategorikan sebagai sayur yang murah, namun tauge mempunyai nilai khasiat yang tinggi. Ia enak dimasak dengan pelbagai gaya masakan malah sangat enak dicampur ke dalam sup. Kalau nak tahu, tauge ni juga sangat mudah untuk dihasilkan. Bagi anda yang nak cuba hasilkan tauge sendiri, bolehlah ikuti teknik-teknik yang dikongsi oleh saudari Puan Zhaaza Asheema ni. 1 senduk je kacang, tapi dapat banyak tauge. Best!
CARA HASILKAN TAUGE SEGAR HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 senduk penuh kacang hijau
1 bekas kotak air bersaiz besar
CARA-CARA:
1. Bersihkan kacang hijau dan toskan airnya.
2. Ambil kotak dan pada bahagian bawahnya, potong sedikit bahagian bucu. Ini bertujuan untuk membolehkan air mengalir keluar selepas disiram.
3. Masukkan kacang hijau ke dalam kotak dengan perlahan-lahan sehingga habis.
4. Siram kacang hijau tadi dengan air.
5. Boleh nampak air mengalir keluar kan? Biar seketika sehingga air habis keluar dan tidak bertakung di dalam kotak.
6. Letakkan kotak dalam kedudukan condong ke dalam satu bekas untuk menadah lebihan air yang mengalir keluar.
7. Keadaan tauge pada hari ke 4-5. Hasilnya sudah boleh dituai dan dinikmati.
Nota:
Sepanjang proses ini, air perlu disiram ke dalam kotak sebanyak 5 kali sehari. Lakukan selama 3 hari berturut-turut.
Setiap kali selepas disiram, pastikan air tidak bertakung di dalam kotak. Ini kerana ia akan menjejaskan rupa tauge dan berbau kurang enak.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!