Resipi Pes Botok-Botok Johor Sedap. Sekali Cuba Pasti Puas Hati

Share

Sedapnya Botok-Botok Johor. Kombinasi ikan, ulam dan pes yang enak menjadikan sajian ini digemari ramai. Ada yang nak cuba masak Botok-Botok yang sedap? Saudari Dee Hakim ada kongsikan cara-cara menghasilkan pes Botok-Botok Johor homemade yang sangat sedap. Sukatan ini boleh dapat dalam 5-6 bungkus Botok-Botok. Jika mahu buat dalam jumlah yang banyak, gandakan sahaja bahannya. Selamat mencuba!

CARA BUAT PES BOTOK-BOTOK JOHOR

BAHAN PES BOTOK-BOTOK:
Rempah kari ikan
Kerisik
Santan
Asam Jawa

BAHAN KISAR
2 biji bawang merah besar – beli online disini
3-4 biji bawang merah kecil – beli online disini


5-6 ulas bawang putih beli online disini
Lada kering kisar (agak-agak sahaja) – beli online disini
2 batang serai
Kunyit secukupnya
Halia secukupnya
Lengkuas secukupnya
1 1/2 sudu makan jintan manis
1 1/2 sudu makan jintan putih
1 1/2 sudu makan ketumbar

ULAM-ULAMAN (basuh bersih & gunting kecil):
Pucuk ubi
Pucuk bebuas
Daun selasih
Daun cekur
Pucuk mengkudu
Daun kunyit
Daun kaduk
Pucuk betik
(tiada syarat daun tertentu. Boleh guna apa sahaja daun ulam yang disukai)

BAHAN UTAMA:
Ikan tenggiri, ikan kembung, ikan pari, ikan tongkol, udang (ikut keseusian dan cita rasa masing-masing)

BAHAN MEMBUNGKUS:
Daun pisang atau aluminium foil secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak.
2. Bila sudah garing, masukkan serbuk kari ikan. Tumis lagi.
3. Kemudian masukkan kerisik dan air asam jawa dengan secukupnya (kena sedikit masam). Tumis lagi macam biasa.


4. Akhir sekali masukkan santan, garam, gula merah dan bahan perasa. Siap!


5. Untuk membungkus, bentang daun pisang dan susun ulam-ulaman.

6. Kemudian letak pes atas daun. Ratakan sedikit kemudian letak ikan atau udang.


7. Tutup ikan dengan pes dan susun ulam-ulaman sekali lagi.


8. Cara bungkus seperti dalam gambar. Boleh guna lidi untuk ikat supaya tidak terbuka.

9. Kukus Botok-Botok selama 30 miniat atau hingga masak.
10. Angkat dan nikmati segera semasa masih panas.

Kredit resipi & foto: Dee Hakim

 

Anda ada banyak tip memasak yang menarik? Jom kongsi dengan kami! Mana tahu wang tunai RM500 bakal menjadi milik anda.

Nak Kongsi Tip Memasak anda? Klik DISINI untuk penyertaan

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur