JOm cuba buat pes ikan pari bakar yang mudah ni. Maklumlah di bulan puasa ni, hidangan ikan bakarmemang antara sajian yang menjadi kegemaran ramai. Jika dibeli, harganya boleh tahan mahal. Jadi apa kata anda cuba buat sendiri. Resipi pes ikan bakar ni memang sedap dan mudah disediakan. Malah nak bakar pun ada cara dan tak perlu guna arang pun. Resipi perkongsian saudari Rafiza Idayu ni sangat sesuai anda cuba!
PES IKAN PARI BAKAR MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
30 biji lada kering direbus
3 batang serai
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu makan lengkuas
1 sudu kecil belacan
Limau kasturi
Sedikit asam jawa
Ikan pari
Daun pisang
3 sudu teh gula
2 sudu teh gula merah
Garam secukup rasa
Ads
CARA MEMASAK:
1. Masukkan lada kering, serai, bawang merah dan bawang putih ke dalam pengisar.
2. Masukkan lengkuas, belacan dan sedikit air asam jawa.
3. Perasakan dengan garam, gula dan gula merah.
4. Kisar semua bahan tadi. Gunakan air sedikit sahaja untuk memudahkan bahan sebati. Pastikan pes pekat.
5. Letakkan sedikit minyak di dalam kuali. Letak daun pisang.
Ads
6. Letak ikan dan ratakan pes sebelah belakang ikan. Ratakan pes pada ikan dan terbalikkan.
7. Potong limau kasturi dan letakkan atas ikan. Tak perlu perah.
8. Tutup ikan. Gunakan api kecil sahaja. Ikan tak perlu dibalik balik.
Ads
9. Masak dalam 15 hingga 20 minit. Perah limau semasa nak makan. Limau kasturi untuk memberi aroma dan hilangkan bau hanyir ikan.
Siapa suka makan tenggiri jeruk ni? Ha…Selain sedap digoreng bersama bawang dan cili, tenggiri jeruk ini juga boleh digunakan untuk masak lauk Kailan Ikan Masin, Nasi Goreng dan sebagainya. Memang sedap! Tapi jika dibeli, satu botol tu harganya berbelas ringgit. Mahal kan? Sebenarnya puan-puan boleh buat tenggiri jeruk ni secara homemade. Caranya sangat mudah. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Mahana Anzel Mua ni.
TENGGIRI JERUK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Kepingan ikan tenggiri
Garam halus secukupnya (boleh juga guna garam kasar. Lebih elok.)
Minyak masak secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan ikan dan lap dengan tisu bagi mengeringkan airnya. Jemur lebih kurang 4 jam.
2. Angkat ikan dan lumurkan dengan garam secukupnya. Lebih bagus jika guna garam kasar.
3. Seterusnya masukkan ikan ke dalam bekas berpenutup dan tuang minyak masak secukupnya.
4. Ikan yang telah siap dimasukkan minyak.
5. Tutup bekas dan biarkan ikan dijeruk selama beberapa hari. Simpan diluar sahaja dan tidak perlu diletak dalam peti sejuk.
6. Untuk menikmatinya, keluarkan ikan jeruk dan masak ikut citarasa anda.
TIP:
Untuk elak lalat kerumun sewaktu dijemur, renjis sedikit cuka pada ikan.
Jika buat ikan jeruk seekor ( tanpa potong), selepas dibersihkan, terus jemur. Kemudian barulah masukkan garam dalam perut ikan.
Minyak yang digunakan untuk jeruk ikan, boleh diguna kembali untuk menjeruk ikan lain.
Sajian ikan temenung goreng masak asam. walaupun dimasak dengan cara yang cukup ringkas tapi rasanya cukup lazat.
Sesuai untuk orang yang hilang selera makan kerana kuah ikan masam, manis dan pedas boleh menambat selera makan. Ikan temenung goreng masak masam ni sungguh mudah dimasak.
Jom semak resipinya…
IKAN TERMENUNG GORENG MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
10 ekor ikan temenung (cuci, kelar dan goreng)
CARA MEMASAK:
Jika suka goreng sehingga garing atau suku masak pun boleh, ikut selera.
BAHAN TUMIS:
4 biji cabai hidup dihiris nipis-nipis (banyak lagi sedap)
2 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
4 biji cabai melaka (boleh lebihkan jika suka pedas)
2cm halia
1 sudu teh serbuk perasa
CARA MEMASAK:
Tumis hingga layu semua bahan di atas.
Masukkn ikan dan alih-alihkan ikan hingga bahan tumis mesra.
Selepas itu masukkan air asam cair dlm 1/2 cawan.
Masukkan air 1½cawan. Perasakan dengan garam, gula secubit, serbuk perasa. Biarkan reneh seketika.
Ikan keli digemari kerana keenakan rasa ikan itu sendiri. Selain digoreng, pelbagai jenis hidangan boleh dihasilkan seperti ikan bakar, asam pedas dan macam-macam lagi. Penggemar ikan keli wajib mencuba resipi-resipi ini..
1. IKAN KELI GORENG BERLADA
BAHAN-BAHAN
10 ekor ikan keli sederhana besar
1 sudu besar sos ikan
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis dan menggoreng
BAHAN-BAHAN (DIKISAR KERING)
6 biji cili merah
3 biji lada besar (cili solok)
5 biji cili padi hijau
5 biji cili padi merah
6 tangkai cili kering – direndam sehingga lembut dan dibasuh
2 biji bawang besar – dibelah empat
6 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
CARA MEMBERSIHKAN IKAN KELI
Kebiasaannya ikan keli yang kita beli di pasar telah siap dipotong hujung kepala dan dibelah perutnya. Bagi memudahkan kita memegang ikan keli yang agak licin dan berlendir, apa yang perlu kita buat ialah masukkan ikan keli di dalam sebuah besen bersama beberapa sudu garam besar dan beberapa biji limau kasturi yang diperah airnya. Tutup dengan tudung periuk dan goncang. Ketepikan selama 5 minit, kemudian ambil limau kasturi tadi dan gosok-gosokkan atas badan ikan keli. Basuh ikan keli. Anda akan dapat rasakan ikan keli telah kurang berlendir dan mudah untuk dipegang.
Bersihkan semua bahagian isi perut hingga insang serta buang sekali darah beku pada bahagian kepala untuk menghilangkan hanyir. Potong kedua-dua patil dan sirip ekor serta sirip-sirip yang lain. Cuci dengan air bersih dan perapkan bersama limau kasturi dan garam selama 10 minit. Kemudian dibersihkan.
CARA PENYEDIAAN
Selepas ikan dibersihkan, lumur dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, gaul rata.
Panaskan minyak. Goreng ikan tadi sehingga garing, angkat dan toskan. Susun di atas pinggan.
Tumis bahan-bahan kisar tadi hingga garing. Tuangkan 1/2 cawan air, sos ikan, garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi dan masak sehingga bahan-bahan tadi kering sedikit.
Kemudian curahkan sambal tadi di atas ikan. Siap untuk dimakan.
4-5 tangkai cili padi – ikut kepedasan masing-masing
1-2 inci kunyit hidup
CARA PENYEDIAAN
Basuh ikan bersih dan toskan. Ketepikan.
Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk dengan sedikit air supaya cili masak. Masukkan air secukupnya dan santan. Kacau rata supaya santan tidak berketul.
Masukkan daun kunyit, garam dan asam keping. Bila mendidih, masukkan ikan dan kacau rata sehingga ikan masak. Sesuaikan rasa. Bolehlah ditutup api.
INFO: Boleh masukkan juga belimbing buluh ketika santan mendidih. Sangat sedap.
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis cili hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu.
Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya . Biar mendidih.
Masukkan bunga kantan, daun kesom dan ikan, masak dengan api sederhana. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan tomato dan kacang bendi, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
INFO:
Jumlah air ikut suka kepekatan yg disukai
Cili kisar pun boleh tambah atau kurangkan sesuka hati
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.