Memasak jadi lebih mudah jika kita tahu caranya. Salah satu yang boleh dicuba ialah dengan Pes Sambal Belacan ni. Dengan adanya pes ni, kerja memasak hidangan harian seperti Nasi Goreng Kampung, Kangkung Goreng Belacan, Kailan Goreng Belacan, Bihun Goreng dan banyak lagi, menjadi lebih mudah. Hanya satu jenis pes, macam-macam boleh disediakan. Tak perlu dah nak kupas bawang, kisar cili dan sebagainya. Kerja memasak pun jadi lebih cepat. Menarik kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Azima Dandelion.

 

RESIPI PES SAMBAL BELACAN

Resipi Pes Sambal Belacan. Sedap & Boleh Masak Macam-Macam

 

BAHAN-BAHAN:

Ads

CARA MEMASAK:

  1. Kisar cili padi, cili merah dan belacan bersama sedikit air.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
  3. Masukkan sos tiram serta gula ( jika perlu) dan masak hingga pecah minyak. Pastikan selalu dikacau bagi mengelakkan pes hangit.
  4. Pedamkan api dan sejukkan. Simpan di dalam bekas bertutup.

Resipi Pes Sambal Belacan. Sedap & Boleh Masak Macam-Macam

Nota:

  1. Boleh juga masukkan ikan bilis dalam bahan untuk dikisar. Cuma kalau dah masukkan ikan bilis, sos tiram kena kurangkan kerana takut terlebih masin.
  2. Jika mahu buat dalam jumlah yang banyak, gandakan kuantiti bahan-bahan diatas.

 

Kredit resipi & foto: Azima Dandelion 

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Sizzling Tauhu Telur. Mudah Betul Cara Masaknya

Ads

Cara Masak Shrimp Omelette Sedap Macam Dekat Restoran Thai

Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera

Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Ads

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI