Resipi Petai Berlado Ikan Bilis. Ada Lauk Ni Memang Berselera Makan

Share

Sajian Petai Berlado Ikan Bilis ini tentunya menjadi kegemaran ramai. Jarang ada yang menolak bila disua menu ni. Resipi yang sangat ringkas namun sedapnya tu memang tiada tandingan. Saudari Suriani Mohd ada kongsikan resipinya. Jom cuba!

 

CARA MEMASAK PETAI BERLADO IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN:
4 papan petai
200gm ikan bilis beli online disini
Cili padi secukupnya – ikut kepedasan yang digemari
4-5 biji bawang merah beli online disini


Serbuk cukup rasa secukupnya
Minyak untuk menumis

Dapatkan LA VINNCE BLUE DIAMOND COOKWARE SET dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!

 

CARA MEMASAK:
1.Tumbuk kasar bawang, cili dan ikan bilis secara berasingan. Petai juga dibuang kulit kan dibelah. Ketepikan.


2. Ambil kuali yang bersesuaian. Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga pecah minyak.


3. Bila sambal kelihatan gelap dan masak, masukkan serbuk cukup rasa dengan secukupnya dan juga hirisan petai.


4. Gaul hingga rata dan terus diangkat. Jangan masak petai terlalu lama. Cukup sekadar sebentar sahaja.


5. Petai Berlado Ikan Bilis siap untuk dihidang dan dinikmati.

Kredit resipi & foto: Suriani Mohd

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!

Nak belajar buat aneka juadah minum petang yang ringkas dan sedap? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.

Kelas Online Minum Petang

Tarikh: 10 September 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)

 

Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI  

Published by
Nur