Rasanya tidak ramai anak muda zaman sekarang yang makan pisang muda masak lemak cili api. Menu orang dulu-dulu yang memang penuh dengan nostalgia. Sangat sedap, lagi-lagi bila ditambah tempoyak dan ikan bilis. Jika anda teringin nak cuba menu ini, boleh ikut resipi yang dikongsi oleh SuiSan Aliezsha. Selamat mencuba!
RESIPI PISANG MUDA MASAK LEMAK CILI PADI TEMPOYAK & BILIS
BAHAN-BAHAN:
- Pisang muda
- Cili padi (ditumbuk)
- Kunyit hidup (ditumbuk)
- Tempoyak
- Asam keping
- Ikan bilis
- 1 1/2 biji kelapa parut (perah ambil pati)
- Garam
CARA PENYEDIAAN:
1. Sediakan kuali, masukkan santan, asam keping, cili padi, ikan bilis dan pisang.
2. Masak dan kacau sehingga mendidih.
3. Bila agak-agak pisang hampir lembut, masukkan tempoyak.
4. Kemudian, masukkan garam secukup rasa.
5. Siap!
Nota:
- Pisang perlu dicuci bersih. Potong dan rendam dengan air garam dan asam keping.
- Jika nak lebih sedap, guna pisang kapas.
Jika anda mahu beli BARANGAN SEGAR, boleh klik DISINI.
KREDIT FOTO & RESIPI: SuiSan Aliezsha
ANDA JUGA BOLEH CUBA RESIPI INI:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Jimat & Sedap, Buat Sendiri Popia Carbonara Ni.
Ada beberapa jenis resipi popia goreng. Yang membezakannya hanyalah inti di dalamnya sahaja. Musim PKP ni, anda boleh variasikan sahaja bahan-bahan yang adalah dapur untuk dijadikan intinya. Berikut dikongsikan resipi Popia Carbonara yang boleh dicuba, ia mudah dan sedap. Kalau buat lebih boleh difrozenkan, bila teringin tinggal goreng.
POPIA CARBONARA
BAHAN-BAHAN:
1 paket kulit popia
3 ulas bawang putih | cincang halus
1 biji bawang holand | potong dadu
1 paket crab stick | hiris
1 tin cendawan | hiris
1 mangkuk kecil isi ayam | hiris halus
1/2 batang lobak merah
1 tin sos pergo carbonara
2 sudu perencah cukup rasa
1 sudu kecil Sedikit serbuk oregano
1 sudu kecil Serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada putih
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak
CARA MEMBUAT:
- Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi, kemudian masikkan isi ayam, kacau hingga air ayam garing.
- Masukkan cendawan, lobak merah, crab stick, kacau lagi sekejap.
- Baru masukkan sos pergo carbonara, tambah air sedikit.
- Perasakan dengan cukup rasa, serbuk oregano, serbuk lada hitan dan putih. Jika kurang masin tambah sedikit garam.
- Bila sudah pekat, tutup api dan biarkan sejuk.
- Setelah sejuk bolehlah gulung dengan kulit popia. Lakukan hingga habis.
- Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan dengan api sederhana.
Kredit: Deeza Karisma
Homemade Nasi Impit Sedap, Lembut Dan Lambat Basi. Jimat 200%!
Nasi himpit (atau nasi impit) atau nasi kapit merupakan sejenis makanan tradisional Malaysia dari beras yang sering dimakan bersama kuah kacang. Ia juga sering dimakan bersama hidangan sate atau soto. Nasi impit juga adalah antara hidangan wajib di hari raya yang paling mudah dibuat. Bukan saja di hari raya, pada hari-hari biasa pun kadang-kadang tekak rasa teringin nak makan. Terutamanya bersama kuah sate atau kuah lontong. Anda sebenarnya boleh berjimat sehingga 200% apabila buat sendiri kerana hanya bermodalkan beras dan plastik aiskrim sahaja. Jika dibandingkan dengan harga nasi impit ‘instant’, buat sendiri lebih jimat dan dapat dianggarkan kuantitinya dengan lebih tepat.
Tak Perlu Lagi Beli Nasi Impit ‘Instant’. Jimat 200%!
Bahan-bahan:
- Beras
- Daun pandan
- Air
- Plastik aiskrim Malaysia
Cara memasak:
- Cuci beras dan toskan sehingga kering.
- Isi beras 1/3 atau separuh daripada bahagian yang nak diikat. (boleh juga menggunakan stapler)
- Cucuk lubang pada plastik aiskrim menggunakan garfu.
- Masukkan bekas plastik aiskrim yang diisi beras ke dalam periuk besar dan masukkan daun pandan sekali.
- Rebus sehingga masak. Tunggu sehingga sejuk sebelum dipotong.
Petua Masak Nasi Impit Lebih Lembut
Nasi impit boleh tahan lama, betul ke? Bukankah nasi Impit memang sudah disukat dengan standard agar apabila masak ia sekata lembut dan lembiknya. Tetapi sesekali ada juga nasi Impit yang keras terutamanya apabila telah sejuk. Nasi Impit sudah tidak lembut lagi. Silap haribulan, masuk tong sampah nasi Impit tersebut. Memasak nasi Impit segera tidak sesukar mana. Tetapi kadangkala nasi Impit yang kita masak seperti keras, tidak lembut terutamanya ketika sejuk.
Masak nasi impit segera dengan menggunakan bekas periuk yang lebar. Jumlah air mestilah lebih banyak hingga bungkusan ketupat/nasi impit segera itu tenggelam. Masukkan sedikit garam. Gunakan api sederhana. Masak anggaran 1 1/2 jam. Pastikan bungkusan nasi impit telah kembang. Biarkan tos betul-betul. Lepas 2 jam boleh masukkan dalam peti ais untuk hasil yang lebih licin.
Nak tahu petua supaya nasi Impit segera anda tahan lama, lebih kurang 5 hari? Ada caranya. Semasa merebus nasi impit tersebut masukan sekeping atau dua asam gelugur ke dalamnya. Harus diingat, jangan rebus nasi impit terlalu lama. Bila nasi impit telah kembang, angkat dan toskan.
Sumber: fb hajar maliki/ kakazz.blogspot.my/ aynorablogs
Cara-Cara Membuat Sawi Jeruk Secara Homemade. Lebih Bersih & Diyakini Halal.
Bagi yang tak pernah rasa, pasti pelik bila sebut mengenai sawi jeruk. Namun bagi yang tahu akan keenakannya, pasti kecur liur. Nak cuba buat sendiri? Mudah je tau nak buat sawi asin @ jeruk ni. Lepas ni dah tak payah beli. Buat sendiri lebih bersih & halal. Jom cuba resipi perkongsian Puan Rasimah Saudin.
SAWI JERUK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- Sawi secukupnya
BAHAN AIR JERUK:
- 3 cawan air
- 4 sudu besar garam kasar
- 1 inci halia,
- 1 inci kunyit hidup | dihiris nipis
- 2 sudu besar tepung beras
* Campur semua bahan dan rebus hingga mendidih. Biarkan sejuk.
BAHAN PERAP:
- 150gm garam kasar
CARA-CARA:
1. Sawi dibasuh bersih terutama dicelah batang-batangnya. Toskan. Jika sawi besar, belah dua.
2. Untuk memerap,ambil 150gm garam kasar, ditumbuk sedikit dan lumur pada sawi dan dicelah-celah batangnya. Perap selama 4 jam.
3. Perah air sawi tetapi tidak perlu dibasuh ( sawi yang diperam akan mengeluarkan air). Masukkan sawi ke dalam balang dan masukkan air jeruk yang telah ditapis. Jika air kurang, tambah dengan air tapis atau air mineral hingga menutupi permukaan sawi. Biarkan 3 hari.
4. Untuk menikmati sawi jeruk, basuh dahulu dan barulah dimasak. Tidak perlu tambah garam kerana ia sudah mempunyai perisa.
5. Sawi jeruk enak dimasak goreng bersama telur hancur. Ia juga boleh dimasak lemak, asam pedas, moi sup atau sebagainya. Selamat mencuba!
Kredit gambar& resipi: Rasimah Saudin