Resipi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Tempoyak Sedapnya Lain Macam

Share

Resipi pisang muda masak lemak cili Api tempoyak ini memang sedapnya lain macam sungguh. Kalau dimasak untuk hidangan berbuka, mesti bertambah nasi.

Ini memang menu orang dulu-dulu. Dicampur pula dengan ikan bilis dan tempoyak. Nostalgia sangat. Ikut saja perkongsian resipi daripada puan Suisan Alieza ini. Memang menjadi sungguh.

Resipi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan:

1 sisir pisang muda – dicuci bersih

Cili Api – ditumbuk – boleh beli online di sini

Kunyit hidup – ditumbuk

Tempoyak

Asam keping – boleh beli online di sini

 Ikan bilis – boleh beli online di sini

1 1/2 biji kelapa parut – diperah dan ambil pati

Garam – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Potong pisang seperti dalam gambar dan rendam dengan air garam dan asam keping 9saya guna pisang emas). Pisang tu ikut banyak mana yang nak. Kalau lebih daripada sesisir, jangan lupa lebihkan kelapa. Biar betul-betul pekat kuahnya nanti.

Sediakan kuali, masukkan santan, asam keping, cili api, ikan bilis dan pisang.

Masak dan kacau sehingga mendidih. Bila pisang hampir lembut masukkan tempoyak.

Kemudian masukkan garam secukup rasa. Gaul sebati.

Siap! Gandingkan pula dengan ikan goreng. Memang mantap. Selamat mencuba.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

Published by
Nurul Azwa