Cara mudah untuk hasilkan piza tanpa menggunakan doh. Resipi ini boleh buat anda nampak hebat ya, kerana rupanya tidak ‘lari’ dengan piza yang asal. Dengan hanya menggunakan roti Perancis atau baguette anda boleh menghasilkan piza yang enak, gebu dan mengenyangkan. Paling penting, tidak muak. Selamat mencuba.
PIZZA BAGUETTE
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 batang roti baguette
- 1/2 biji bawang Holland | dihiris halus
- 200gm daging kisar
- 5 biji telur
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
BAHAN TOPPING:
- 200gm keju mozarella
- 1/2 biji capsicum merah + hijau
- 1/2 biji tomato
- 10gm cendawan enoki
- 20gm nanas tin
CARA MEMBUAT:
- Tumiskan bawang Holland sehingga berbau harum dan masukkan daging kisar. Setelah daging masak, masukkan pati tomato.
- Pecahkan telur dan pukul. Kemudian masukkan bahan tumisan tadi ke dalam telur dan sebatikan.
- Tuang dan ratakan atas roti baguette yang disusun dalam loyang pembakar.
- Bakar selama 10 minit dengan suhu 170C.
- Kemudian susun ‘topping’ di atas piza.
- Bakar sekali lagi dengan suhu yang sama selama 10 minit.