
Nampak mudah nak buat pizza roti burger ni, amat sesuai untuk dijadikan sebagai menu sahur atau berbuka nanti, mesti anaka-anak suka. Boleh berjimat, mudah nak buat dan cepat disediakan. Selamat mencuba!
RESIPI PIZZA ROTI BURGER
Bahan-Bahan:
- Roti burger rm4.50 (10biji belah 2)
Bahan sos:
Ads
- Tomato puree (kecil) jenama Tesco rm2.80
- Lobak merah 2btg potong dadu rm1.50
- Bawang besar potong dadu
- Bawang putih 3 ulas dadu
- 3 sudu sos cili
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- Daun sup 3btg hiris
- Garam secukup rasa
- Sosej ayamas sebungkos kecil potong nipis boleh letak byk2 rm3
- Mayonis
- Cheddar Mozarella sebungkos rm15
Cara-Cara:
- Tumis bwg merah, putih . Agak2 naik bau, masukkn lobak merah, serbuk lada hitam. Letak air sikit utk bg cpt lembut lobak merah.
- Masukkn daun sup. Naik aroma daun sup, msukkn tomato puree dan sos cili 3 sudu. Garam secukup rase.
- Susun roti pd dulang pembakar.
- Letakkn sos rata. Jgn membukit nanti melimpah pulak. Adunan ni boleh dapat 14 biji ngam2 tau xyh bajet2 letak
- Susun lapisan sosej td. Sy suka potong serong cmni. Cantik dan nmpk penuh. Gigit nti biar terasa sosej
- Letak sikit sos cili buat2 rase. Jgn isi byk nti meleleh je mase nk gigit mkn. Sos cili kena cair
- Letak mayonis lebih sket xpe sbb nti bakar, mayo ni agk keras sket ala2 chesse. Rse pon lemak2 sedap
- Tabur mozarella. Buat sendiri xyh kedekut. Puas mkn. Sy bubuh sampai abis sepeket mozarella ni. Tarik2 pnjang masa gigit.
- Tabur jgn lebih dr roti. Nti masa bakar akan cair pstu dh sejuk akn mengeras. Tapi tetap sedap. Cheese kan. Mmg puas mkn
- Dah siap tabur camni susunan pizza mini
- Panaskn oven dlu 10min. Masuk teros loyang bakar 14ketul roti burger ni. Sekali jln
Bakar suhu 160 utk 20min dah cukup. - Siap dah bakar. Meleleh-leleh mozarella tu kan.
Kongsi resipi: Zaiyurah Mohd Radi
Ads
CUBA JUGA RESIPI SEDAP INI:
http://www.rasa.my/buat-sendiri-doh-pizza-homemade-dengan-bahan-bahan-yang-sangat-mudah/
Ads
Roti Cheezy Pizzaria. Hidangan Minum Petang Yang Pasti Buat Anak-Anak Ulang Makan Banyak Kali.
http://www.rasa.my/bosan-nikmati-roti-sandwic-cara-biasa-pizza-cones-berkeju-ni-pasti-buat-anda-berselera/
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI