Makan

Resipi Pizza Roti Tawar, Bakar Dalam Kuali. Ringkas Tapi Sedap

Share

Beli roti kosong tapi tak masih banyak yang berbaki walaupun tarikh luput dah hampir. Daripada terbiar naik kulat, elok gunakan roti tawar ini untuk buat pizza. Bila dah jadi pizza begini memang sekejap saja licin.

Resipi pizza roti tawar

Bahan-bahan 
4-5 keeping roti tawar
2 butir telur
100 ml susu UHT

Bahan topping
2 sosej -dihiris
Sos Bolognese (sos tomato)
Parutan keju
Serbuk parsley (jika ada)

Cara membuat

1. Campur telur dan susu UHT dalam mangkuk. Kacau hingga sebati.

2. Potong dadu roti tawar kemudian campur dalam bancuhan telur tadi. Gaul hingga bancuhan menyerap dalam roti.

3. Panaskan kuali non stick kemudian oles dengan marjerin.

4. Letakkan adunan roti tadi di dalam kuali. Letak sos, tabur sosej, keju dan serbuk parsley di atasnya.

5. Kemudian tutup kuali, bakar dengan api kecil hingga pizza dan bahan toping masak.

Kredit resipi & foto: Musfina Ayub

 

Published by
Rose