Teringin nak makan Popia Carbonara yang sangat mudah dan sedap? Resipi perkongsian saudari Raja Amanina ni antara yang boleh dicuba. Bahan-bahannya pun ringkas sahaja. Paling penting ia sedap dan buka selera. Jom lihat resipinya.
CARA POPIA CARBONARA YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 keping isi ayam – potong dadu
1 paket sosej – hiris
1 biji bawang besar – potong dadu
1 batang lobak merah – dadu halus
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan mentega atau marjerin
Keju cheddar parut secukupnya
1 cawan susu penuh krim atau susu cair
1/2 cawan air
1 sudu makan tepung gandum – bancuh dengan sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Kulit popia secukupnya
Ads
CARA MEMASAK: 1. Panaskan kuali dan cairkan mentega. Tumis bawang besar hingga wangi. 2. Masukkan isi ayam, sosej, lobak merah dan lada hitam. Gaul lagi hingga isi ayam masak. 3. Tambahkan air, susu dan keju. Kacau sebati. Tambahkan juga bancuhan tepung gandum. 4. Akhir sekali, perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.Padam api dan biarkan inti sejuk.
5. Untuk menggulung popia, ambil 2 keping kulit popia dan sudukan inti dengan secukupnya.
Ads
6. Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan.
Ads
7. Popia ini juga boleh disejukbekukan. Simpan dalam bekas bertutup dan boleh digoreng pada bila-bila masa.
"Selak peti ais nampak terung bertimbun. Sayangnya kalau tak masak cepat ni, tapi bosan pula bila masak tak campur apa-apa.
Selak lagi peti ais ada ikan kering dengan petai. Memang padan ler tiga-tiga ni buat sambal kan. Makan dengan nasi panas tepi kolam ikan. Uih boleh layan 3 pinggan ni Sama je macam masak sambal biasa cuma campur ikan kering goreng dengan petai." itulah kata -kata Surya Sufyan yang berkongsi resipi ini.
Jom kita cuba sambal terung yang super lazat nih.
TERUNG SAMBAL IKAN KERING & PETAI
BAHAN-BAHAN:
2 biji terung terung
2- 3 ekor ikan kering (Saya guna ikan kering gelama)
Petai secukupnya
Bahan untuk ditumbuk kasar:
6 biji Cili padi
2-3 biji Cili merah
1 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Goreng terung, potong membulat
2. Goreng Ikan kering
3. Tumis bahan tumbuk
4. Letak garam dan gula
5. Masukkan petai
6. Masukkan terung dan ikan kering goreng tadi
7. Kacau sebati.
8. Ok, sedia di hidang.
Mudah dan cepat. Tak ada laut lain, pun boleh makan nasi sampai licin tau.
Kerabu Maggi Thaimenggunakan mi segera siam ni memang sedap. Ia mempunyai rasa yang berbeza berbanding jenama mi segera yang lain. Teksturnya yang tidak terlalu kembang dan lembik, menjadikan sajian Kerabu Mi Segera menjadi sangat sedap. Terasa nak buat menu ni di hujung minggu nanti? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Nurul Huda ni. Sangat mudah dan tentunya memikat selera. Jom cuba!
RESEPI KERABU MAGGI THAI YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN: 4 bungkus mi segera siam – beli online disini 2 sudu makan jus limau kasturi 5 sudu makan air gula
Sedapnya Nasi Kerabu Golok perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni. Cukup lengkap dengan aneka hirisan ulam, sambal dan ayam bakar. Malah resipinya juga diolah supaya lebih sihat dan sesuai untuk orang yang sedap diet. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Sangat sesuai buat untuk berbuka.
RESIPI NASI KERABU GOLOK
BAHAN-BAHAN:
Nasi berherba @ nasi biru
1 sudu makan sambal kelapa parut
1 sudu makan sambal isi ikan
2 genggam ulam
1 sudu teh (sudu kfc) sambal jantan
1 sudu teh (sudu kfc) budu
1 keping dada ayam bakar blackpepper
CARA PENYEDIAAN: 1. Satukan semua bahan di atas di dalam pinggan. Gaul rata dan nikmati segera bersama ayam bakar. 2. Boleh juga tambah keropok ikan goreng untuk menaikkan lagi keenakan nasi kerabu.
CARA MENYEDIAKAN BAHAN SAMPINGAN NASI KERABU
1. SAMBAL NYIUR @ KELAPA PARUT
BAHAN-BAHAN:
1 biji kelapa parut
BAHAN KISAR:
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 hiris nipis halia
1 batang serai
1 sudu makan gula perang rendah GI – boleh ganti dengan gula melaka
1/2 sudu makan garam bukit
1 sudu makan serbuk lada hitam
CARA MEMASAK: 1. Sangai kelapa parut hingga kekuningan.
2. Masukkan semua bahan kisar ke dalam mesin blender.
3. Kisar semua bahan tanpa menggunakan air atau boleh juga ditumbuk. 4. Satukan bahan yang telah dikisar dalam kelapa parut tadi. Gaul sekata.
5. Sangai semula bahan yang digaul tadi menggunakan api perlahan untuk mengelakkan kelapa cepat rosak. Biarkan 2-3 minit sebelum ditutup apinya.
6. Sambal Kelapa siap disediakan.
2. SAMBAL ISI IKAN
BAHAN-BAHAN:
7-8 ekor ikan sardin @ selayang
1 sudu makan cuka
2 keping asam gelugur
2 hiris lengkuas
1/2 sudu makan garam bukit
1/2 inci nise @ manisan
Air secukupnya
1/2 sudu makan serbuk lada hitam
1/2 sudu makan serbuk lada putih
Secubit garam bukit
CARA MEMASAK: 1. Rebus ikan sardin / selayang. Caranya, susun ikan dalam periuk. Masukkan cuka, asam gelugur, lengkuas, garam bukit dan ‘nise’. 2. Tambahkan sedikit air. Rebus sehingga air ikan sedikit kering. 3. Kemudian, asingkan tulang dan isi ikan. Tumbuk isi ikan sedikit lumat.
4. Masukkan isi ikan ke dalam kuali. Tambah serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan garam. Gaul sekata.
5. Sangai selama 5-6 minit atau sehingga isi ikan jadi kering. Padamkan api dan ketepikan.
3. AYAM BAKAR BLACKPEPPER
BAHAN-BAHAN:
4 ketul isi ayam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
3 ulas bawang putih – tumbuk lumat
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu teh garam bukit
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan dan lumurkan pada ayam. Perap selama 30 minit.
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak. Kemudian bakar ayam hingga masak.
4. NASI BERHERBA ( NASI KERABU BUNGA TELANG)
BAHAN-BAHAN:
10 kuntum bunga telang
Beras secukupnya – ikut jumlah yang anda hendak masak
Air yang telah disukat ikut jumlah beras yang dimasak
1 helai daun kunyit
1 batang serai – dititik
2 hiris halia
2 helai daun limau purut
CARA MEMASAK: 1. Buang tangkai bunga telang.Kemudian kisar dengan air hingga lumat.
2. Cuci beras hingga bersih kemudian masukkan air bunga telang tadi. 3. Masukkan juga daun kunyit, serai, halia dan daun limau purut.
4. Masak nasi seperti biasa.
5. SAMBAL JANTAN VERSI DIET
BAHAN-BAHAN:
1 genggam cili padi merah
1 biji lemon – ambil jusnya
1/2 sudu teh garam bukit
1/2 sudu teh gula perang @ brown sugar
Sedikit air
CARA MEMASAK: 1. Kisar semua bahan sehingga sedikit lumat. Masukkan dalam mangkuk dan sedia untuk digunakan. ( INFO: untuk menghasilkan rasa sambal yang sedap dan kurang pedas, seeloknya sambal dibuat lebih awal.)
6. BUDU ( Campur rata)
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk budu – apa-apa jenama
Perahan jus lemon atau limau nipis secukupnya
7. ULAM-ULAMAN NASI KERABU
BAHAN-BAHAN:
Daun kesum
Daun selom
Daun ulam raja
Daun kunyit
Bunga kantan
Serai
Timun jepun
Tauge
CARA-CARA: 1. Semua bahan ulam ( kecuali tauge) dihiris halus.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!