
Nak sarapan atau minum petang, tak tahu nak makan apa, jom try buat popia carbonara ni. Senang je. Bahan pun tak banyak. Sedap pulak tu.
POPIA CARBONARA KEJU

Bahan-Bahan
Minyak masak
Lada banggala (hiris panjang)
Bawang holand (cencang)
Sosej (potong dadu)
Isi ayam (potong kecil)
Lobak merah (hiris nipis dan panjang)
Sos carbonara
Keju mozzarella
Garam
Gula
Lada hitam
Origano
Kulit popia
Cara membuat
1. Tumis lada banggala dan bawang holand sampai naik bau.
2. Masukkan sosej, isi ayam dan lobak merah.
3. Masuk sos carbonara.
4. Perasakan dengan garam, gula, black peper dan origano.
5. Tunggu sejuk sampai agak pekat sikit. Baru boleh bungkus dengan kulit popia.
6. Panaskan minyak masak. Goreng. Sedia dinikmati.
Cara bungkus
1. Bentang kulit popia. Letakkan inti.
2. Taburkan keju mozzarella.
3. Lipat kemas.
4. Bungkus sekali lagi dengan kulit popia. Biar dua lapis. Kalau selapis saja boleh bocor.
Resipi oleh Rabi dari Telegram KakiMakan Channel
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Apam Coklat Pasti Menjadi Kegilaan Anak-Anak Di Rumah

Kalau dah buntu nak buatkan hidangan apa untuk anak di rumah, boleh cuba resipi apam coklat ni. Resipi apam coklat yang dikongsikan oleh Noraslinda Md Radzhi di Facebook ni memang sangat sedap dan pasti menjadi! Kaya dengan rasa coklat yang tak terlalu manis dan lembut gebu gitu memang diam-diam dah habis je. Kalau nak buat jualan guna resipi ni pun saya pasti laku keras apam coklat ni. Saya kongsikan resipinya di bawah. Jom kita cuba!
APAM COKLAT

BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
5½ atau 6 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil soda bikarbonat
2 biji telur ( akak guna gred B )
¾ cawan gula halus
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak jagung
1 cawan air suam
CARA PENYEDIAAN:
Tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat, dan serbuk koko. ( diayak )
Masukkan gula, susu pekat, telur, minyak jagung dan air suam
Kacau sebati (guna whisk je)
Rehatkan ½ jam
Oles minyak dalam acuan
Tuang adunan
Kukus 20 minit.. api sederhana
Dah sejuk keluarkan apam dari acuan
Hias ikut kesukaan..
p/s : perap 5 atau 6 jam. Nak perap semalaman pun boleh.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Noraslinda Md Radzhi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tiga Kuih Berasaskan Keledek Yang Sedap Berkhasiat

Bila melihatkan harga keledek lebih mahal dari kentang dan kuih berasaskan keledek juga melantun-lantun mahalnya . Lalu terkenang zaman dulu-dulu keledek tak ada harga, bayangkan hanya 50-6- se dek kerana tak boleh jual emak-emak pandai cipta macam-macam kuih berasaskan keledek, sedap pulak tu.
Sebab itulah ,kuih Keria, Cucur Badak dan Cek Mek Molek antara kuih berasaskan keledek terus menjadi kuih lagend sehingga sekarang. Tetap sedap dan memikat selera,cuma harganya yang agak mahal. Jadi apa kata kita buat sendiri tiga kuih ini sendiri, biar puas makan.

KUIH KERIA
BAHAN-BAHAN:
- 700 gm ubi keledek
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan air
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Kupas kulit dan potong keledek kecil-kecil.
- Kemudian rebus hingga empuk, masukkan sedikit garam.
- Lenyek ubi keledek semasa masih panas dan sejukkan.
- Masukkn tepung dalam keledek lecek dan uli rata hingga menjadi doh.
- Taburkn tepung atas papan pencanai dan tapak tangan.
- Ambil doh sebanyak 30gm dan bentukkan doh menjadi gelang mengikut saiz kegemaran anda. Buat hingga habis.
- Panaskan minyak dan goreng kuih hingga kuning keemasan.
- Sejukkan sebentar.
- Sementara itu, masukkn gula dan air ke dalam kuali.
- Didihkan menggunakan api yang sederhana.
- Apabila air gula berbuih pekat, perlahankan api dan masukkn kuih tadi. Gaul rata.
- Bila gula mula melekat pada kuih, padamkan api dan terus menggaul hingga gula menjadi sira. Hidangkan.
INFO CHEF: Kalau boleh dapatkan keledek yang kuning isinya, kerana ia lebih lembut dan manis.

KUIH CEK MEK MOLEK
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg ubi keledek
- Tepung gandum
- Sedikit gula
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Rebus ubi keledek bersama sedikit garam hingga empuk.
- Angkat dan toskan, buang kulit dan lenyekkannya panas-panas.
- Gaulkan ubi yang telah dilenyek bersama tepung gandum.
- Agak-agak kelembutannya, jangan terlalu banyak tepung.
- Bentukkan doh bulat seperti bebola.
- Leperkan dan masukkan gula di tengahnya.
- Kemudian bentukkan doh dengan bentuk Cek Mek Molek.
- Panaskan minyak dan goreng kuih dengan api sederhana.
INFO CHEF: Gunakan api sederhana semasa menggoreng untuk mengelakkan kuih pecah.

CUCUR BADAK
BAHAN-BAHAN:
- 250 gram keledek | direbus dan lenyek
- 3 1/2 sudu makan tepung gandum
- 1/2 sudu teh garam
- Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN INTI::
- 1/2 biji kelapa parut
- 100gm udang kering | direndam dan dikisar
- 1 ulas bawang putih | dikisar
- 3 biji bawang merah | dikisar
- 7 biji cili merah | dikisar
- 1cm halia | dikisar
- 1 batang serai | dikisar
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 2 sudu makan gula
- 1/2 sudu teh garam
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan inti, dan gaul rata. Kemudian goreng tanpa minyak dalam kuali sehingga kuning keemasan. Jangan terlalu garing.
2. Untuk menyediakan doh, gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak
3. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
4. Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.
5. Tutup dengan doh dan bentuk bulat leper. Ketepikan.
6. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
7. Goreng cucur badak sehingga kuning keemasan. Angkat dan tos.
INFO CHEF: Jika keledek agak lembik semasa direbus, sejukkan dahulu sebelum dilenyek.

INFO : KHASIAT UBI KELEDEK
Ubi keledek mempunyai kandungan karbohidrat yang rendah berbanding jenis ubi lain. Ia mengandungi
hanya 23 gram karbohidrat. Maka keledek merupakan sumber karbohidrat yang baik dan tidak mengemukkan
dan memberi kesan kenyang yang lebih lama.
Keledek juga mempunyai serat hampir dua kali ganda berbanding jenis ubi yang lain. Di katakan ubi keledek menyumbang
7gram serat tiap kali pengambilannya. Serat yang tinggi membantu melambatkan proses pembakaran kalori dan ini membolehkan
kalori digunakan lebih lambat dan lebih baik. Sudah tentu-tentunya baik untuk anda yang sedang berdiet.
Untuk turunkan berat badan dan kurus dengan sihat , tubuh memerlukan vitamin yang baik dan berkesan.
Ubi Keledek mempunyai Vitamin A dan vitamin C, B6,Kalium, riboflavin dan banyak lagi. Sebiji ubi keledek
memiliki 28 peratus kalium dan ini menunjukkan ia mempunyai lebih baik kalium daripada pisang.
Ubi keledek mempunyai kandungan air yang banyak dan dapat membantu menurunkan berat badan.
Badan yang mengandungi air lebih senang kembali ke bentuk asal berbanding badan yang mempunyai lemak. Selain itu
makanan yang mengandungi kandungan air yang banyak akan membuatkan anda cepat berasa kenyang dan tahan lama.
Resipi Mudah Bancuhan Tepung Untuk Menggoreng Cempedak

Siapa suka Cempedak Goreng? Memang nikmat makan panas- panas lepas digoreng.Kalau guna tepung segera, biasanya cempedak yang digoreng akan serap minyak. Saya kongsi resepi mudah bancuhan tepung untuk menggoreng.
Bahan-Bahan:
300 gram Tepung Beras
2 biji Telur
2 sudu kecil Serbuk Kunyit
1 sudu kecil Garam
1 sudu kecil Kapur Makan
Air- tidak terlalu cair, tidak terlalu pekat
Tepung Beras Gajah Seekor
– Sesuai digunakan untuk salutan goreng-goreng seperti pisang goreng, ubi goreng, cempedak goreng.
Tepung Beras Gajah Tiga Ekor
– Lebih lembut dan licin. Sesuai untuk buat kuih tradisional seperti tepung pelita,kuih talam, putu, kuih lapis dan sebagainya.
Tepung Beras Gajah Lima Ekor
– Sesuai untuk buat laksa
Kredit resipi :: Zaky Mat Ali

