Resipi Popia Karbonara. Penuh Rasa Lemak Berkrim

Share

Resipi popia karbonara ini penuh rasa lemak berkrim. Tentu ramai menyukainya, tak kira orang dewasa mahu pun anak-anak. Nak membuatnya pun taklah susah sangat. Selain itu boleh makan sepuasnya kalau buat sendiri.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Dapur Shai Anne ini ye.

Resipi Popia Karbonara

Bahan Untuk Inti:

Isi ayam (dipotong kecil. Atau boleh juga guna burger ayam)

Sosej (hiris bulat)

Cendawan butang (dicincang) – boleh beli online di sini

Sayur-sayuran (lobak merah, baby corn, sengkuang – racik halus – ini optional).

Lada hitam – boleh bli online di sini

Tepung gandum – boleh beli online di sini

Sedikit susu full cream – boleh beli online di sini

Susu cair 

Stok ayam

Bawang merah (cincang) – boleh beli online di sini

Bawang putih (cincang) – boleh beli online di sini

Sedikit minyak masak – boleh beli online di sini

Mentega – boleh beli online di sini

Garam, gula dan perasa jika perlu

Bahan Lain:

Kulit popia – boleh beli online di sini

Minyak masak untuk menggoreng – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Panaskan minyak dan mentega. Kenapa letak minyak sikit sebab takut mentega hangus. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga terbit bau wangi.

Bila bawang dah layu sikit, masukkan isi ayam dan cendawan. Masak sekejap. Masukkan juga stok ayam.

Kemudian letak tepung dalam 3 sudu. (tujuan pakai tepung untuk pekatkan kuah). Setelah itu masukkan susu. Tambah air dalam setengah cawan.

Bila kuah dah agak pekat sikit, masukkan sayur sayuran yang dah dipotong halus. Masak sekejap. Kemudian masukkan lasa hitam dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Sebelum tutup api, masukkan sosej. Tujuan dimasukkan lambar supaya ia tak hancur bila masak terlalu lama.

Untuk membuat popia, ambil sehelai kulit popia. Bubuh sedikit inti di bahagian tengahnya dan baliut macam biasa.

Panaskan minyak dan goreng popia. Api jangan terlalu kecil kerana kalau goreng terlalu lama isinya akan keluar dan bocor. Minyak pun akan kotor.

Bila dah bertukar jadi kekuningan, angkat dan toskan. Siap!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

Published by
Nurul Azwa