Idea sajian mudah & sedap yang anda boleh hasilkan guna lebihan roti sandwic atau roti sosej. Makan panas-panas memang terbaik. Pasti licin! Jika tak habis, boleh juga disejukbekukan dan nikmati pada bila-bila masa.
POPIA ROTI
Ads
BAHAN-BAHAN:
300gm isi ayam/daging – cincang
1 biji bawang besar saiz sedang – hiris
2 ulas bawang putih – ketuk dan hiris
1 biji cili merah – hiris
Daun sup dan daun bawang – hiris
Serbuk lada sulah/lada hitam/garam secukupnya
Roti sandwic / bun sosej
2-3 sudu makan sos cili
1 sudu makan mayones
Kulit popia secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau. 2. Kemudian masukkan isi ayam, serbuk lada sulah, lada hitam, garam dan kacau smpai ayam separuh masak. 3. Masuk cili merah, daun sup dan daun bawang. Kacau lagi sampai ayam masak. Toskan inti untuk buang lebihan minyak. 4. Biarkan inti sejuk terlebih dahulu sebelum dicampur dengan sos cili dan mayones. Kacau sebati. 5. Sapu roti dengan marjerin dan letak inti ayam tadi secukupnya. Lipat.
Ads
6. Kemudian potong 2 roti tadi sebelum dibalut dengan kulit popia.
7. Goreng hingga kulit popia keperengan. Angkat dan toskan minyak.
Ads
8. Jika mahu lebih sedap, boleh tambah keju atau lobak merah dadu ke dalam inti.
Pek Nga merupakan antara menu yang popular di Utara. Menggunakan kelapa muda sebagai bahan asas, Pek Nga memang mudah sangat nak buat. Yang penting sedap! Lebih-lebih lagi jika dimakan bersama Sambal Bilis atau Kari Daging.
Rupanya, Pek Nga ni lebih sedap jika ditambah Keju Perfect Italiano Perfect Pizza di dalamnya. Resipi olahan Dapoq Pdot ini dapat meningkatkan rasa dan nampak sungguh menyelerakan. Jom kita cuba.
Kerepek Gunting adalaha antara snek tradisional yang ramai peminatnya. Sesuai sangatlah dengan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang ni. Anda boleh sajikan buat tetamu yang datang beraya di rumah. Malah, kalau nak buat kudap-kudap lepas terawih pun sedap! Menurut Haniza Angah Ija, ni adalah resipi mak mertuanya. Mesti best! Jom cuba.
RESIPI KEREPEK GUNTING
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
10 tangkai cili kering (*)
2 sudu besar udang kering/udang kepal (*)
1/2 sudu kecil jintan manis (*)
1/2 sudu kecil jintan putih (*)
Secubit garam
2 sudu besar minyak masak
120ml air – campurkan sikit-sikit masa menguli
Sedikit daun kari – guna masa menggoreng
Minyak untuk menggoreng
(* dikisar)
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan (*) dan kisar kering hingga menjadi seperti serbuk.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam tepung.
3. Tambahkan garam dan minyak masak. Gaul rata.
4. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sampai adunan menjadi kenyal. ( adunan akan jadi macam doh karipap)
5. Buat doh-doh kecil untuk memudahkan proses mencanai.
6. Canai doh tadi menjadi nipis dan panjang. Tabur tepung supaya permukaan doh tidak berminyak dan melekat.
7. Potong nipis menggunakan pisau. Doh juga boleh digunting.
8. Tabur sedikit tepung supaya doh yang digunting tidak melekat.
9. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng bersama daun kari sehingga garing.
10. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
TIP RASA: Untuk kuih yang kekal rangup, pastikan sejuk dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Pernah cuba Crab Rangoon yang viral di aplikasi Tiktok? Jika belum, anda harus cuba. Memang sangat sedap dan sesuai dijadikan snek dan kudapan keluarga. Resipi asal menggunakan kulit wantan segera yang boleh diperolehi di pasaraya. Tetapi jika tiada dan susah nak dapatkan kulit wantan tu, boleh je buat doh Rangoon sendiri menggunakan resipi yang dikongsi oleh saudari Siti Hazneza binti Abdul Hamid. Memang sangat berbaloi. Jom cuba!
CARA MEMBUAT CRAB RANGOON YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN KULIT: ( jika guna kulit wantan segera, abaikan bahan ini) 2 cawan tepung gandum – beli online disini 4 sudu makan marjerin – beli online disini Air secukup untuk jadikan doh
CARA MEMBUAT: 1.Ramas marjerin dengan tepung sampai jadi peroi. 2. Tambah air sedikit demi sedikit sampai jadi doh. 3. Ketepikan doh. Nak bagi rehat dalam peti sejuk pun boleh.
BAHAN-BAHAN INTI: 1 cawan isi ketam (boleh guna isi ketam tiruan @ crabstick) 1 cawan krim keju / cream cheese ¼ cawan daun sup + daun bawang (ikut selera) Garam secukup rasa Lada hitam secukupnya – beli online disini 1 biji telur – jika suka
CARA MEMBUAT: 1. Satukan semua bahan dan gaul sehingga sekata. 2. Jika nak jadikan lebihan inti ini sebagai salad untuk dimakan terus atau diletakkan pada sandwich / croissant, tidak perlu letak telur.
CARA MEMASAK CRAB RANGOON: 1. Ambil doh yang telah direhatkan tadi. Canai doh dengan ketebalan yang tidak terlalu tebal dan nipis. Sedang-sedang sahaja.
2. Ukur atau potong doh menjadi empat segi sama 2 x 2 inci.
3. Ambil inti dan letak 1 sudu teh di atas kepingan doh tadi.
4. Balut dan kelim. Caranya ialah mula-mula, temukan bucu bertentangan.
5. Kemudian temukan bucu kedua yang bertentangan.
6. Kelim bahagian tepi-tepi supaya kemas dan tidak terbuka.
7. Uncang Crab Rangoon yang siap dikelim.
8. Ulang langkah yang sama hingga habis adunan doh dan inti.
9. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga garing.
10. Angkat, toskan minyak dan hidang dengan sos cili atau sos Thai. Satu adunan ini akan dapat 45 biji Crab Rangoon.
11. Rangup di luar, lembut dan berkrim di dalam. Memang sedap!
INFO: Isi ni jika lebih, simpan dalam peti sejuk dan boleh dimakan dengan cara membuat:
Popia Vietnam (guna rice paper) lapis dengan daun salad.
Lettuce cup. Letak atas butter lettuce dan hidang.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.