Cara-Cara Buat Popia Sedap Guna Lebihan Roti Sandwic.

Share

Idea sajian mudah dan sedap yang anda boleh hasilkan guna lebihan roti sandwic atau roti sosej. Makan panas-panas memang terbaik. Pasti licin! Jika tak habis, boleh juga disejukbekukan dan nikmati pada bila-bila masa. Boleh juga dijadikan bekal untuk suami ke tempat kerja. Menarik kan? Jadi jom cuba resipi perkongsian saudari Nor Izan Mustapa

ni.

 

POPIA ROTI

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm isi ayam/daging – cincang
  • 1 biji bawang besar saiz sedang – hiris
  • 2 ulas bawang putih – ketuk dan hiris
  • 1 biji cili merah – hiris
  • Daun sup dan daun bawang – hiris
  • Serbuk lada sulah/lada hitam/garam secukupnya
  • Roti sandwic / bun sosej
  • 2-3 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan mayones
  • Kulit popia secukupnya

 

CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau.


2. Kemudian masukkan isi ayam, serbuk lada sulah, lada hitam, garam dan kacau smpai ayam separuh masak.

3. Masuk cili merah, daun sup dan daun bawang. Kacau lagi sampai ayam masak. Toskan inti untuk buang lebihan minyak.
4. Biarkan inti sejuk terlebih dahulu sebelum dicampur dengan sos cili dan mayones. Kacau sebati.
5. Sapu roti dengan marjerin dan letak inti ayam tadi secukupnya. Lipat.


6. Kemudian potong 2 roti tadi sebelum dibalut dengan kulit popia.


7. Goreng hingga kulit popia keperengan. Angkat dan toskan minyak.


8. Jika mahu lebih sedap, boleh tambah keju atau lobak merah dadu ke dalam inti.

 

Kredit resipi & foto: Nor Izan Mustapa

Published by
Nur