Suka maka Popia Satar sedap macam di Terengganu tu? Ni dia cara-cara untuk membuat menu enak ini secara homemade. Mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Anda pasti suka dengan hasilnya. Saudari Shai Anne Ahemed ada kongsikan resipi. Selamat mencuba!
CARA BUAT POPIA SATAR IKAN TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
Kulit popia – sebarang jenama
3 ekor ikan selayang @ sardin
1 1/2 cawan kelapa parut putih
10 biji cili api – hiris halus
3 ulas bawang merah – tumbuk kasar
1 ulas bawang putih – tumbuk kasar
1 inci halia – tumbuk kasar
2 batang serai – tumbuk kasar
Sedikit air asam jawa – beli online disini
Tepung jagung – beli online disini
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Ambil ikan, siang dan rebus. Bila masak, asingkan tulang dan isinya.
2. Tumbuk ikan hingga hancur kemudian gaulkan bersama bahan-bahan tumbuk yang lain.
3. Masukkan air asam jawa dengan secukupnya dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa.
4. Sediakan kulit popia. Letak sedikit inti. Jika letak banyak, bila digoreng popia tidak akan rangup.
5. Balut kemas dan gam keliling kulit popia dengan air untuk lekatkan kulit. Lakukan hingga habis adunan.
6. Untuk menikmatinya, goreng dalam minyak panas higga garing dan kekuningan. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO:
1. Inti yang siap diadun tidak perlu dimasak lagi.
2. Boleh guna isi ikan mentah. Jika guna isi ikan rebus, intiya boleh disimpan lama berbanding inti ikan mentah yang perlu dihabiskan dengan segera.
3. Bila isi inti ke dalam kulit popia, jangan letak banyak sangat nanti kulit popia tak jadi rangup bila digoreng.
4.Boleh tambah sedikit halba dalam inti untuk rasa kelainan.
Kredit resipi & foto: Shai Anne Ahemed
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Aneka Resipi Lauk Sedap & Mudah Sesuai Untuk Sahur & Berbuka Puasa
Resipi Ayam Perattal. Cara Masak Ringkas Je Tapi Sangat Sedap
Resipi Bihun Goreng Singapore Versi Abah. Ringkas Je Tapi Sangat Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI