Sedapnya Popia Sayur Daging Burger ni. Sangat mudah dan senang disediakan. Sesuai sangat dijadikan hidangan minum petang untuk keluarga. Cicah dengan sos, lagilah nikmati. Jom cuba resipi perkongsian saudari Rosni Musa ni. Pasti puas hati.

 

CARA MASAK POPIA SAYUR DAGING BURGER

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket kulit popia
  • 3 keping burger daging – boleh guna burger ayam
  • 1 biji bawang besar – hiris – beli online DISINI
  • 2 ulas bawang putih – racik – beli online DISINI
  • Kubis – disagat
  • Lobak merah – sagat – beli online DISINI
  • Kacang buncis – hiris nipis
  • Lada sulah secukupnya – beli online DISINI
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • 2 sudu makan tepung gandum – bancuh dengan sedikit air – beli online DISINI

CARA MEMASAK:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Gorengkan daging burger daging yang telah di dadu kecil hingga separuh masak.

2. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga bawang layu serta daging burger betul-betul masak.

3. Masukkan sedikit garam, perasa dan juga gula.

4. Tambah lada sulah. Kacau sebati.

IKLAN

5. Kemudian masukkan sayur-sayuran. Kacau sebati.

6. Tumis sekejap. Bila sayur kelihatan agak layu sedikit, terus tutup api.

7. Alihkan inti ke dalam bekas yang berlubang untuk menapis lebihan air yang keluar dari inti.

8. Bancuh 2 sudu besar tepung gandum dengan air untuk dijadikan gam pada kulit popia.

9. Ambil sekeping kulit popia. Sudukan inti secukupnya.

10. Lipat sedikit dan hujung kulit popia disapu dengan bancuhan tepung.

11. Gulung popia dengan kemas. Buat sampai habis bahan.

12. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng popia tadi dengan menggunakan api sederhana perlahan.

13. Angkat dan toskan.

14. Sedia dihidangkan untuk minum petang bersama keluarga.

Kredit resipi & foto: Rosni Musa

 

Nak cari KUALI NON-STICK baru? Pilih je DISINI

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Sup Ikan Merah, Cara Masak June. Takde Sup Bunjut Ikan Pun Tak Apa.

Petua Buat Kek Kukus 3 Bahan Tak Bantat. Ini Cara Perlu Ikut Kalau Nak Kek Lembut & Gebu.

Cara Buat Kari Daging Yang Pekat Tanpa Santan

Cara Buat Agar-Agar Cendol Gula Melaka Ikut Sukatan Cawan. Makan Ketika Sejuk Memang Sedap

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official