Sedapnya Popia Sayur Daging Burger ni. Sangat mudah dan senang disediakan. Sesuai sangat dijadikan hidangan minum petang untuk keluarga. Cicah dengan sos, lagilah nikmati.
Tak perlu lagi pening fikir kudapan untuk keluarga. Masak menu mudah ni sahaja sudah cukup. Jom cuba resipi perkongsian saudari Rosni Musa ni. Pasti puas hati.
Nak buat kuih seri muka ni mudah sangat sebenarnya, yang penting cukup bahan dan tak derhaka resipi gerenti menjadi kuih seri muka ni. Resipi kuih seri muka anti gagal ni telah dikongsikan oleh Suisan Aliezsha di Facebook hampir 5,000 likes! Wow mesti dah ramai berjaya buat kuih seri muka menggunakan resipi ni. Jom kita cuba!
(Cuci pulut, toskan masukkan santan dan garam kukus dalam talam selama 25minit) angkat penyekkan bagi padat)
Makanan asyik lemau bila disimpan? Guna je Cuoco Stainless Steel Airtight Container ni gerenti makanan tersimpan rapi tak masuk angin. Kalau nak harga istimewa jangan lupa huna code RASGSP5 sebelum checkout disini!!
Selalunya jika sebut sahaja kuih bingka automatik akan terbayang rupa bingka ubi dan bingka labu. Selain sedap kuih tradisi ini menggunakan bahan tempatan sepenuhnya. Berlainan dengan perkongsian resipi kali ini tidak menggunakan ubi sebagai bahan utama tetapi ditukar kepada susu. Sedikit kelainan tetapi mempunyai rasa yang sedap, senang disediakan dan berlemak. Selamat mencuba!
RESIPI BINGKA SUSU
BAHAN-BAHAN:
2 biji telor
1 cawan susu cair
3/4 cawan gula
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan susu tepung
garam
3 1/2 air
CARA MEMASAK:
Sapu loyang size 8×8 dengan majerin.
Ppanaskan loyang dalam oven. Kisar semua bahan kemudian masuk daalm loyang yang telah dipanaskan tadi dan bakar suhu 200C selama 1 jam.
Hati-hati dengan Lepat Liat Inti Kelapa ni, tak semua orang suka Lepat Liat ni sebab teksturnya yang terlalu kenyal. Tapi, biasalah setiap orang ada citarasa tersendiri, ada yang suka Lepat Pisang atau Lepat Ubi. Memang Jarang dengar orang buat Lepat Liat Inti Kelapa ni. Saya kongsikan resipi yang dicipta oleh Ariff Budiman Zainal Abidin ni. Cara penyediaannya juga tidak renyah dan gerenti menjadi.
LEPAT LIAT INTI KELAPA
BAHAN-BAHAN:
500 gm Tepung Pulut
200 gm Gula Merah
100 gm Gula Pasir
2 Cawan Air
2 helai Daun Pandan
1 biji Kelapa Putih
Sedikit Garam
Minyak lumur Daun Pisang
CARA PENYEDIAAN:
1. Masak air, gula merah, gula pasir dengan daun pandan hingga gula hancur. – tapis
2. Masuk air gula panas-panas dalam tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati ( guna senduk)
3. Kelapa putih gaul dengan sedikit garam.
4. Lumur sedikit minyak di tengah daun pisang. Letak 1 sudu besar adunan tepung dan tenyeh-tenyeh hingga leper. Letak kelapa putih atas adunan.
5.Lipat kemas-kemas daun pisang. Masak air hingga mendidih. Kukus selama 20 minit. Siap.
Cara buat puding koktel ini mungkin banyak prosesnya tapi tengoklah hasilnya cantik sangat.Rasanya jangan bimbang memang sedap. Bagi memastikan puding sebegini kejadiannya pastikan ikut...