Sedapnya Popia Sayur Daging Burger ni. Sangat mudah dan senang disediakan. Sesuai sangat dijadikan hidangan minum petang untuk keluarga. Cicah dengan sos, lagilah nikmati.
Tak perlu lagi pening fikir kudapan untuk keluarga. Masak menu mudah ni sahaja sudah cukup. Jom cuba resipi perkongsian saudari Rosni Musa ni. Pasti puas hati.
CARA MASAK POPIA SAYUR DAGING BURGER
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang merah & bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan daging burger. Tumis hingga daging burger betul-betul masak.
3. Masukkan semua sayur-sayuran. Gaul sebati hingga sayur layu.
4. Tambah lada sulah, garam, gula dan perasa. Kacau sebati.
5. Tumis sekejap. Bila sayur kelihatan agak layu sedikit, terus tutup api.
6. Alihkan inti ke dalam bekas yang berlubang untuk menapis lebihan air yang keluar dari inti.
7. Bancuh 2 sudu besar tepung gandum dengan air untuk dijadikan gam pada kulit popia.
8. Ambil sekeping kulit popia. Sudukan inti secukupnya.
9. Lipat sedikit dan hujung kulit popia disapu dengan bancuhan tepung.
10. Gulung popia dengan kemas. Buat sampai habis bahan.
12. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng popia tadi dengan menggunakan api sederhana perlahan.
13. Angkat dan toskan.
14. Sedia dihidangkan untuk minum petang bersama keluarga.
Kredit resipi & foto: Rosni Musa
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official