Anda suka makan Popia Sira Sambal? Ni ada resipi mudah, sedap dan ringkas perkongsian saudari Hazirah Zaihan yang boleh dicuba. Persis Popia Sira Sambal yang kita beli di pasar malam. Memang sedap. Popia yang rangup, sambal yang likat bersalut. Memang best lah. Jom cuba buat. Pasti puas hati.

 

CARA BUAT POPIA SIRA SAMBAL SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
Kulit popia
Bawang goreng (beli online disini)

BAHAN INTI:
Sengkuang – sagat
Lobak merah – sagat
Tauge – kalau suka
2 sudu makan udang geragau (beli online disini)
5 ulas bawang putih – kisar halus

BAHAN UNTUK SAMBAL:
5 ulas bawang putih – kisar halus
5 sudu makan cili kisar (beli online disini)
1 sudu makan bijan (beli online disini)
Sos cili secukupnya (beli online disini)
5-7 sudu makan gula – agak-agak
Serbuk perasa secukupnya

IKLAN

CARA MEMASAK:

1.Panaskan minyak dan tumis udang geragau sebentar. Kemudian masukkan bawang putih. Tumis lagi hingga wangi.
2. Masukkan sengkuang dan lobak merah. Kacau rata.
3. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. Goreng sekejap kemudian tutup api.
4. Angkat inti tadi dan masukkan ke dalam tapis untuk toskan air dan minyak. Ketepikan.


5. Untuk menyediakan sambal, tumis bawang putih hingga wangi.
6. Masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga pecah minyak.
7. Masukkan sos cili dan serbuk perasa (jangan masukkan air). Kacau rata dan masukkan gula.
8. Tumis sambal sampai berbuih kemudian masukkan bijan. Kacau rata dan tutup api. Biarkan sambal sejuk.
9. Bila inti sudah sejuk, isikan pada kulit popia dan gulung seperti biasa.
10. Panaskan minyak guna api sederhana dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
11. Bila popia sudah sejuk, gaulkan dengan sambal sira tadi.
12. Tabur bawang goreng dan sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Hazirah Zaihan

IKLAN

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Ikan Rebus Air Asam. Menu Paling Ringkas Tapi Sedap

Cara-Cara Buat Puding Karamel Mudah & Pasti Jadi

IKLAN

Aneka Resipi Puding Homemade Yang Mudah & Sedap Dimakan Sejuk

Resipi Mi Bandung Penuh Lauk Yang Sedap & Mudah Buat.

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official